Tuesday, March 31, 2009

Padang bola perumahan

Petang lepas abis majlis kawin anak buah, cengko merayau ke padang bola perumahan Kusial Baru tengok perlawanan bola persahabatan antara geng kampung cengko dgn tentera. Kem mana tah... cengko pun xtahu. Kesudahannya, seri 1-1 (geng kg masuk gol sendiri tu..). Adus!! kalo tak... mesti 1-0.

R&R Benta

Masa balik kg ari tu, cengko berhenti rehat dan 'rawat' apa yg patut kat Hentian R&R Benta kat Kuala Lipis. Alah, R&R ni dekat dgn bulatan nak ke Jerantut tu lee...

Alang2 berhenti makan terus, walaupun perut xde la rasa lapar sgt. Tapi malas nak berhenti byk kali, jadi sekali jalan je la.

Area parking keta tu ada org jual buah2 tempatan, apalagi... siap beli cempedak diluar pagar le. Letak dalam bonet BGM, harum semerbak kalo pasang ekon. Tapi cengko bukan jenis yg suka pasang ekon kalo jalan jauh, tak best... baik amik angin luar - ekon yg original punya...

Monday, March 30, 2009

Penat sangat

Balik keje petang tadi cengko rasa badan penat sgt. Mungkin penat sebab 'jalan jauh' semalam kot. Ya la... dalam 8 jam lebih gak perjalanan dari TM ke BSP. Gerak siang pula tu, cuaca panas membahang. Dah la banyak hal on de way tu... berhenti kat Kem PLKN Etnobotani Gua Musang... bagi barang utk adik ipar cengko, pekena nasi sup kat Gua Musang, singgah mandi kat Hentian Sungai Yu (area Merapoh), singgah Hentian R&R Genting Sempah... macam2 hal lagi.

Mata pun dah xlarat nak buka dah... zzzZZZZzzzzzz...

Mi-G Kahwin

Malam 27/03/2009, anak buah cengko akad nikah kat Masjid Kg. Jerangau (bukan Jerangau-Ajil kat Terengganu tu...). Nikah lepas Isyak, dengan 2 kali lafaz - selamat jadi suami orang. Dapat anak sedara baru lak cengko.












Majlis sederhana saja, xde grand2 pun. Jemput sedara2 dan org2 kampung. Walaupun majlis sederhana, tapi penatnya 'grand' woo... nasib baik ramai adik-beradik & sedara2 yg pakat2 tolong. Sederhana tapi meriah...
Chak!! Cengko dok melayan cucu sedara

Ondeway balik kg

Hari Khamis cengko balik kampung kat Klate nun coz' anak buah 'ada hal'. Apa lagi, bila semua dah ready, setat keta, vroom..!! Hilang dari BSP.

Bermacam ragam Akmal yg dok kat belakang tu, lepas satu.. satu citer yg dia dok bebelkan. Dia boring la tu, layan je la...

BSP - PLUS Exit Damansara - Bandar Utama - MRR2 - Tol Gombak Highway Karak - Tol Bentong Highway Karak - Bentong - Raub - Benta - Kuala Lipis - Merapoh - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Tanah Merah

Sunday, March 29, 2009

Baru sampai dari...???

Pukul 9.50 malam tadi cengko baru saja sampai dari... penat weh. Cengko bertolak pukul 1.30 petang tadi, setelah berhenti beberapa kali, ni baru sampai. Esok la cerita...

Wednesday, March 25, 2009

Bumi yg cengko tinggal ni, yg korang duduk ni, yg sesapa tinggal ni dah makin tua, dah makin uzur. Apa kata kita tolong 'lanjutkan' usia bumi dgn memadamkan lampu rumah kita sekejap, dari 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 28hb. Mac 2009 ni.

**kalo yg baru kawin ni, konpom tersenyum lebar. org suh tutup sejam, dibantainya 3...4 jam tak buka2 lampu. silap2 pintu bilik pon x dibukanya... heheeee...

Tuesday, March 24, 2009

Cut cost

Patut ke tidak kita buat macam ni? Ya la, kita ni just kuli saja, gaji pun kecik... ciput jer. Geng2 dorang ni yg 'makan' kos yg besar.

Jawapan :
a) Patut
b) Tak patut

Banjir besar '83

Gambar lama kampung cengko masa banjir tahun 1983. Masa ni umur cengko baru 8 tahun, skolah rendah baru dejah 2. Tapi cengko dah ingat masa ni. Memang susah nak bergerak. Kena guna sampan, bot @ pelampung. Nak beli barangan keperluan dapur pun susah...

Dulu2 masa kat UUM

Masa ni (1hb. Mei 2005) pegi UUM kat Sintok, Kedah coz' anak buah ada interview kat sana... nak masuk 'U'. Balik kampung dari BSP, terus pegi ke sana. Kiranya tunjuk jalan la, tapi cengko pon xpernah sampai kat Sintok nun. Cuma paling jauh ke utara hanyalah kat Sungai Petani je.

Kenangan 11hb. Ogos 2005

Bergambar beramai-ramai semasa Majlis Persaraan Ms Leong Mee Cheng, Pengarah BTM JPPH pada 11hb. Ogos 2005.

Persaraan beliau membolehkan cengko 'lari' dari JPPH ke JMM coz' beliau tak nak sign cengko punya surat permohonan pertukaran opis. Sebelum ni, beliau mati2an tak nak lepaskan cengko keluar dari JPPH. Sementarakan boss baru masuk & masih xkenal cengko, apa lagi... cepat2 mintak tukar. Hehehee... strategi2...
Geng BTM, JPPH

Monday, March 23, 2009

Habis sudah 1 hari

Cengko, wife & akmal selesai sudah satu hari... untuk hari ini.

Apa? Apa2 lah...

PC on off... on off...

Apsal la PC ni... kejap on.. pas tu lak off... on balik... off lagi... dok ulang2... bukan cengko tekan butang on/off tu... tapi dia jadi sdirik... ada Puaka Niyang Rapik kot... heheee...

Pening cengko dok kat PC ni...

Haaa... amik ko... aku install Win 'XP SP3... terus ok...!!!

Jap lagi nak naik tkt 5 dah...

Cayalah cengko...

Sunday, March 22, 2009

Cara curi kereta

Kes ini bukan berlaku di Malayisa tapi ini mungkin boleh berlaku di tempat kita. Jadi, awaslah...!!!
video

Saturday, March 21, 2009

Balik dari jumpa Datuk

Adus... sakit kaki, betis paha, badan kena bantai kat Datuk. Ops! bukan Datuk orang ke apa, tapi datuk... Gunung Datuk kat Rembau tu...

Ekspedisi mendaki Gunung Datuk ni anjuran MPP Zon 7 & DUN Sijangkang. Bila??? Pagi tadi, 21b Mac 2009. Oleh kerana komuniti BSP ni bawah MPP Zon 7 ni, maka cengko pun termasuk la juga. Apa lagi... sahut la cabaran ni... lagi pun kosnya amat2 lah murah... RM0.00 "no downpayment". Hahahaa... ok apa. Semua di sponsor, makan minum, pengangkutan, t-shirt dll. Cuma bawa diri je lah.

Pagi2 lagi (5.15 pagi) cengko & the gangs kuar rumah ke "pick point" di Masjid Sungai Rambai kat Jenjarom nun. Solat Subuh di sana la...


Gunung Datuk ni cengko xpernah pegi lagi, ni kira first time la. Hm, memang mencabar fizikal dan mental. Yang last mendaki kat Bukit Tabuh, Ulu Klang dekat Empangan Klang Gates tu. Datuk lagi 'power' dari Tabuh.

Nak tahu cerita lelebih, klik sini...
Nak tengok gambar lelebih, klik sini...

Taklimat ringkas oleh urusetia & kata perangsang oleh ADUN Sijangkang












Tiba di puncak Gunung Datuk












Lebah byk sangat & jinak, main2 di lengan. Saujana mata memandang












Kibaran bendera Selangor. Kasut dah jadi 'mangsa' Datuk











Kepenatan

Friday, March 20, 2009

Esok jumpa Datuk

Hmm, pepagi lagi cengko nak gi jumpa datuk kat Rembau nun. Kata Abg Din, pukul 5.50 pagi dah kena ada kat post guard Crystal kat tepi jalan tu.

Petang balik laaa... bukannya lama pun.


Thursday, March 19, 2009

Tak tahu sedang berzina

Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Kisah benar atau tidak, wallahualam. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah S. A. W.: Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S. A. W.: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai- ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Manusia tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar : Tentu ada cinta secara Islam.

Ustaz: Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S. A. W.: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah) Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S. W. T.: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A'araf: ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya "angkat" ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwindengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah an-Nur: Ayat 3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar: Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Ustaz: Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang 'second hand' sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Pelajar: Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S. W.T.: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab: ayat 35).

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi

3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidakdiredhai Allah ini.

2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.


**Semoga dengan kisah ini, dapatlah memberi manfaat kepada kita semua...

Wednesday, March 18, 2009

Movie animasi pertama Malaysia

Fuyoo!!! Dahsyat tu... terus meletup. Apa2 pun, citer dia memang best & menarik.

Cengko, Wife & MDAZ

Daisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie Kids birthday Ticker

Politik Wang ke Rasuah...?

Hmm... sekarang ni musim kes politik wang la pula... menyampah cengko dengar!

Apa susah2 dok cakap politik wang...!!! politik wang...!!!

Kalau cakap RASUAH kan senang...

Friday, March 13, 2009

Saman?? Muar...???

Check dalam myEG pasal saman ni... terkejut cengko coz' ada saman. RM300...!!! Kena kat Muar pula tu. Cengko ingat kena masa pegi Melaka ari tu... tapi tu dah lama. Bila pula cengko penah sampai Muar. Pelik2... Yg last sampai Johor (kat Kluang) tahun 2005 dulu, pas tu xde dah.

Tarikh saman tu Jumaat, 13 Februari 2009 pukul 10.10 pagi, baru lagi tu. Tarikh tu, cengko ada kat opis. Keta wife cengko bawa pegi keje kat Bdr Bukit Puchong. Tengahari, dia balik rumah kejap, ada hal. Pukul 2.30 petang, dia masuk opis balik.

Hm, kena pegi balai ni check, kot2 ada org guna no plet ke... apa ke... sistem myEG ada error ke...

Monday, March 9, 2009

Bagan Lalang

Semalam (08/03/2009), pegi ke Pantai Bagan Lalang. Sesaja jln2 ke sana, boring kat rumah. Lagi pun xde la jauh sgt dari rumah.

Sunday, March 8, 2009

Lepas kereta, 306 pulak

Baru je kereta tembak kit tayar yg pancit, ni 306 pulak. Nasib kat rumah, bukan hiway.

Ambil kit tayar, tembak, pam angin... siap.

Saturday, March 7, 2009

Kereta pancit pulak dah...

Dari minggu lepas lagi cengko rasa semacam tayar belakang kanan BGM. Isi angin... 4.. 5 hari kemudian isi lagi. Tayar yg lain steady jer... xpayah isi dah sampai la ni.

Petang tadi cengko tergerak hati nak buka tayar tu, nak tengok kot2 ada paku ke apa ke yg cucuk tayar.

Lepas buka dan check tayar tu, tengok2 ada cam paku kat tayar tu. Bukan paku tapi skru...! Alahai, patut la asyik kena isi angin jer. Apalagi, godek2 ler sendiri tayar tu. Kit utk tembak tayar ada, buat je la.

Hari tak ada aktiviti

Hari ni cengko dok sesaja kat rumah. Pagi tadi basuh kereta kejap, lepas tu dok terguling & sambil surf kejap. Akmal dok main lego sambil tengok Wonderpets. Wife, tido lepas makan ubat selsema.

Thursday, March 5, 2009

Alert mesej SMS...!!!


Skang ni pukul 11.05 p.m, cengko dpt SMS dari rakan BSP:

"Dpt mesej, ada Indon yg mencurigakan mlm ini yg berkeliaran di topaz. Hati2"

Cengko tak tidur lagi, tapi wife & anak dah tidur dah. Kuar rumah tinjau2 sikit sambil ambil police baton kat dlm BGM, utk apa2 yg patut.

Fogging nyamuk

Balik keje tadi, org dari MDKL ronda dgn landrover dia, bagi pengumuman nak adakan fogging nyamuk. Elok la tu, nyamuk pun dah banyak kat sekitar rumah. Berkepul asap masa diorang tu 'kerjakan' taman kitorang.

Tuesday, March 3, 2009

Bunga mangga

Pokok mangga cengko berbunga lagi. Kali ni dah masuk kali ke-3 pokok mangga cengko berbunga. Yang sebelum ni semuanya menjadi. Berbunga & berbuah. Boleh kata tiap2 tahun la berbuah. Nampak gayanya boleh makan hasil lagi la kalau xde budak2 petik @ buah xrosak.

Tapi sekarang ni cuma ada satu tangkai je yg berbunga. Mungkin bunga belum semua lagi tu. Kena letak baja bunga ni, biar pokok berbunga lebat. Hasil pun lebat...

Cat Camoflage

Hm, korang mesti tak pernah dengar atau pun tak tahu apa itu cat camoflage ni. Cengko pun baru tahu apa kebende cat ni. Alah, cat yg celoreng2 kat badan kenderaan tentera kita tu la - trak, jeep, kereta perisai, kereta kebal.

Pihak tentera bukan saja buat cat macam ni, ada kegunaannya tu. Ni info:

~Cat berteknologi tinggi seperti warna APC Adnan akan menyebabkan sistem visual elektronik musuh seperti thermal atau Night Vision Goggle (NVG-alat teropong malam) gagal mengesan bentuk kenderaan tersebut.

~Ia bagaimanapun bukan teknologi berbentuk halimunan seperti pesawat pengebom Stealth, cuma dengan sekilas pandang, agak sukar untuk mengesan kenderaan tersebut yang disembunyikan dengan baik pada rimbunan daun pada waktu malam dengan menggunakan NVG.

~Ini berlaku kerana cat tersebut menyerap atau menyerakkan elektron yang terpancar dari NVG atau alat infra-red musuh di mana suhu kenderaan itu akan bercampur dengan paras suhu objek di persekitaran.

~Cat camoflage berteknologi tinggi ini sudah mula diperkenalkan ke atas kenderaan atau senjata tentera darat Malaysia sejak dari pertengahan tahun 90-an lagi. Malangnya, cat yang teknologinya dibangunkan oleh anak tempatan tidak dipakai oleh cabang udara dan laut ATM.

Monday, March 2, 2009

Pasang aerial TV

Balik keje petang tadi, cengko terus naik atas siling & atas bumbung rumah, wife jadi assistant - tolong pegang tangga & hulur tools, akmal jadi pembantu am - tolong amik tools kat bawah & lain2 peralatan yg cengko perlukan.
Setelah bersusah-payah, akhirnya cengko berjaya juga pasang aerial tv kat luar, atas bumbung rumah.

Siaran tv... fulammak!!! Clear wooo. TV7, TV8 & TV9...pueh ati nengok. Tapi TV3 kureng sikit. Ada noise... tapi cengko masih puashati.

Berbaloi cengko susah2 panjat siling & bumbung. Tak payah upah indon buat semua ni, selagi cengko boleh buat, cengko buat.

Sunday, March 1, 2009

Dalam stadium Shah Alam

Malam tadi aku gi tengok bola. Klate lawan Selangor, kesudahan Klate tewas 0-3. Perlawanan yg penuh dgn insiden baling-membaling objek: botol air, kerusi stadium, batang bendera, mercun (nasib xde C4). Pergaduhan antara penyokong ada juga berlaku, tapi FRU, polis & RELA dapat mengawal keadaan.

Hm, kalah pun kalah la, janji cengko dapat bawa family tengok bola 'live' kat dalam stadium terutamanya Akmal yg xpernah masuk stadium. Bukan main semangat dia - bersorak, melalak, menyanyi, bergalak - complete pakej dalam stadium. Seat kitorg pula dekat dgn geng2 gendang sorak. Sampai suara pun dah nak hilang dah (cengko pun apa kurangnya...).

Cerita 1
Cerita 2
Penyokong fanatik Kelantan

** Syabas Abe Halim kito... terbe sokmo