Sunday, December 28, 2008

Penat baru sampai dari...

Adus... penat sungguh cengko. Dah la 'berjalan' sakan, drive lak tu! Nanti la cengko update lain kali, nak lepak & ilangkan penat dulu. Wait just a minute...

Thursday, December 25, 2008

Cuti Krismas - 25/12/2008

Hari ni cuti Krismas, cengko xpegi mana2 pon. Just dok rumah, lepak2 & rileks2. Lagi pun abang cengko datang dari kampung, nak anto anak sedara dia kat Bdr Kinrara tu.

Dorang dtg dgn keretapi Ekspress Wau dari T.Merah. Naik kat stesen TM tu kul 7.30 ptg semalam & sampai kat Kajang lebih kurang pukul 9.00 pagi tadi. Adik cengko yg dok kat Kajang tu jemput dorang kat stesen. Cengko anto SMS tadi, katanya dok 'qada' tido. Ya la... penat la perjalanan makan masa agak lama, xcukup tido.

Hmm, abg cengko kata nak gi jln2 kat Cameron Highlands, xpernah sampai sana (aku dah 4...5 kali dah sampai sana). Balik hari pon xpa katanya, pegi pagi2 lagi... & petangnya blk BSP semula. Tengok la camana. Kot2 ada bajet hotel yg murah2 & available tu boleh la pekena semalaman.

Wednesday, December 24, 2008

speka v3i cengko orait

Speaker v3i cengko yg problem ari tu dah ok dah. apa xoknya... dah bagi 'makan' RM70 ok la dia. Xde la nak jawab call cam pakai walkie-talkie, kena guna loud speaker.

Sebab speaker problem: ribbon v3i ni rosak, ada putus2. Wayar antara body hp dgn flip dia la lebih kurang. Kata 'pomen' tu, ni kes biasa la kalo hp dari jenis yg pakai flip ni... buka tutup, buka tutup... putus. Simptom dia, sound xde & lampu hp ni cam kelip2. Pastu, kalo dengar betul2, cam ada bunyi electric short.

Patut la cengko ada dengar bunyi cam electric short sblm ni...

**cermin skrin luar yg pecah tu, lantook la, janji buleh buat kol...

Tuesday, December 23, 2008

Zupp....!!! UFS

Zup...!!!

Berita dari Iraq - UFS (bukan UFO) telah menyerang negara yg dicerobohi oleh tentara yg menggelarkan diri mereka polis dunia. Setelah sekian lama mereka bertapak di bumi Iraq dengan nama menegakkan demokrasi (padahal menegakkan minyakrasi), dan ketika di penghujung kekuasaannya GWB telah mendapat hadiah yg paling menarik yg akan dikenang sampai bila2 (mungkin sampai dia KO). Hadiah yg bernombor seperti jersi Diego Maradona. Hadiah yg tak disangka2, yg 'jatuh dari langit'.

video

UFO - Un-identified Flying Object
UFS - Un-identified Flying Shoe


*lepas ni pakai jersi no 10 la kot... meroyan seploh
## kalau la kena, sah parkinson kat situ, tang tu gak...

Sunday, December 21, 2008

Sepetang di BSP

Dekat2 nak Maghrib, sepat lagi snap 1 scene matahari petang nak tenggelam. Kalo ada kamera yg 'mahal' lagi cantik scene ni. Tapi xpa la, kamera yg ada pun kira dah okey dah ni...

Muara@Tanjung Harapan

Jumaat mlm Sabtu (19/12/2008), family cengko & adik bongsu cengko (pak su din & isteri dia) ke Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan. Nak celebrate berdey cengko, akmal & pak su din. Dan satu lagi nak celebrate sempena tamat diploma wife cengko. (senyum dia xputus2.. maklum la dah grad...)

Lepas Maghrib, terus bertolak dari BSP ke Tjg Harapan nun dan sampai dalam 45 minit kemudian. Sampai je sana, fuh! ramainya orang macam ada pesta kat sana. Al-maklumlah esoknya xkeje... cuti hari minggu. Tambah2 lagi, gomen dapat gaji... gomen dapat bonus. Ramailah orang...

Cari meja kosong utk port kami & order apa yg patut & get ready dgn perut yg kosong. Sebentar lagi 'serangan jerung' akan kelihatan. Hahahahaaa...

Kek berdey pun ada... siap kek padang bola tu... Kata akmal, "Pak Su Din kan suka main futsal... kita beli kek yg ada padang bola la...".
(banyak lagi gambar...)




























Yahoo...! Dah graduate...

18/12/2008 - org umah cengko bersorak gembira yg amat sangat. Result peksa last semester UiTM dia dah dapat & keputusan itu amat mengembirakan dia. Ya la... dah lama tunggu & sedikit 'tertangguh'... jadi kali ni dia dah betul2 boleh menghadiri konvokesyen & naik ke pentas untuk terima diploma dia. Tahniah & syabas dari cengko.

Walaupun semester dia 'lebih' dari cengko, tapi CGPA dia lebih tinggi dari cengko. (cengko xjeles pun, bangga ada laa...)


Wednesday, December 17, 2008

cengko xguna IE

Berita dalam Kosmo! lagi ni... hmm, berita ni menarik pasal internet browser...

pilihan pertama cengko, Musang Berapi



pilihan kedua cengko, Safari


pilihan ketiga cengko, Opera




pilihan keempat cengko, IE

...

Jutaan pengguna Internet Explorer berisiko digodam

LONDON - Berjuta-juta pengguna yang mengakses internet menggunakan pelayar Internet Explorer dari Microsoft mungkin menghadapi risiko komputer mereka digodam kerana terdapat satu kecacatan tahap keselamatan baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakar-pakar keselamatan menggesa pengguna internet bertukar kepada pelayar internet yang lain seperti Firefox, Opera atau Safari sehingga masalah itu dapat diatasi.

Masalah itu pertama kali didedahkan pada minggu lepas dan ia membolehkan penjenayah siber mengawal komputer serta mencuri kata laluan rahsia sekiranya pengguna melawat laman yang dijangkiti virus. Syarikat antivirus, Trend Micro menyatakan terdapat 10,000 laman web berkompromi untuk mengambil kesempatan terhadap kecacatan tersebut. Setakat ini, laman web itu yang kebanyakannya dari China digunakan untuk mencuri kata laluan permainan komputer bagi dijual di pasaran gelap.

Seseorang penggodam komputer boleh memperoleh sehingga £9,000 (RM49,110) dengan menjual kata laluan itu kepada penggemar permainan komputer.Namun, seorang penasihat keselamatan, Paul Ferguson berkata, terdapat kebimbangan kecacatan itu mungkin dieksploitasi bagi jenayah yang lebih bersifat kewangan. - Agensi


...
#dari dulu lagi cengko pakai Musang Berapi, Opera dan Safari... tapi dalam ketiga2 browser ni, aku prefer Musang Berapi ni. Laju, lebih selamat dan compatible.

#Opera - function & features xbanyak & xberapa best banding dgn Musang Berapi.

#Safari - cantik, sedap mata mandang, tapi nak buat editing... ada yg xcompatible kalau banding dgn Si Musang ni.


Sebab Harga Tiket Bas Naik

Hm.... dok baca berita Kosmo! Online, baca pasal citer ni. Patut la rege tiket bas masih xturun2 & minta lagi surcaj bahan api, walaupun rege minyak lebih rendah daripada sebelum naik dulu...

Tuesday, December 16, 2008

Ubi oh ubi...


DERETAN gerai-gerai ubi di tepi jalan Machang-Tanah Merah, Kelantan ini hanya
muncul pada musim tengkujuh, setiap tahun.

LAZIMNYA musim tengkujuh yang tiba setiap penghujung tahun di pantai timur amat dinantikan Sharifah Mahmod.

Apa tidaknya, itulah masanya beliau memasarkan pelbagai jenis ubi yang ditanam tidak jauh dari rumahnya di Kampung Pangkal Berangan.


Hampir semua jenis ubi yang ditanamnya dijual di gerai di tepi jalan Machang-Tanah Merah, Kelantan.


Yang menariknya, lebih 20 deretan gerai menjual ubi di situ akan hanya muncul setiap kali tiba musim tengkujuh dan beroperasi dalam masa lima hingga enam minggu, bergantung kepada bekalan.


Ketika ditemui di gerainya, Sharifah, 43, berkata, beliau menanam pelbagai jenis ubi seperti ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, ubi itik, ubi badak dan ubi tongkol dengan menganggarkan masa matangnya pada musim tengkujuh, iaitu November dan Disember.


"Biasanya, di sini kami mula menanam ubi pada bulan Februari dan Mac, bergantung kepada tempoh matang jenis-jenis ubi. Ubi yang lambat matang seperti ubi kayu dan ubi badak, kami tanam awal tahun untuk pastikan ia boleh dijual pada hujung tahun," katanya.


Ubi-ubi berkenaan, bergantung kepada jenisnya, dijual pada harga antara RM2 hingga RM4 sekilogram.


Sharifah juga mendapatkan bekalan ubi daripada penduduk kampung yang kebanyakannya rajin bertani.


"Gerai ini dibuka setahun sekali. Di sini, musim tengkujuh bagaikan pesta ubi. Semua jenis ubi ada dijual dan ramai pengguna jalan raya ini berhenti untuk membelinya. Kami bersyukur kerana rezeki penduduk bertambah setiap kali datangnya musim tengkujuh," katanya.


Jelasnya, beliau mampu memperoleh pendapatan lumayan setiap musim dan cukup untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak di awal tahun.


Selain ubi, pelbagai jenis ulam-ulaman dan ikan air tawar turut dijual di gerai yang dibuka setiap hari sehingga lewat petang.


Ahmad Ikhsan Osman, 16, turut menggunakan masa cuti sekolahnya untuk mengumpul pendapatan sampingan dengan menjual ubi di gerai itu. Selain ubi, dia juga menjual ikan air tawar yang ditangkap kawan-kawannya.


Faridah Yusof, 43, dari Kota Baharu berkata, beliau berkunjung ke gerai berkenaan hampir setiap tahun untuk membeli pelbagai jenis ubi, termasuk ubi keledek dan ubi kayu untuk dibuat kuih.


Katanya, di gerai-gerai itu, beliau mempunyai banyak pilihan ubi segar yang murah harganya, menyebabkan beliau tidak kisah berkunjung ke situ walaupun agak jauh dari Kota Baharu.


"Tak apa jalan jauh sikit, asalkan anak-anak Kak Dah puas hati dapat merasa kuih muih tradisional yang Kak Dah buat sendiri," katanya. - Bernama

.....

pssst...! on de way cengko nak balik kampung... dekat dah dgn rumah ni...


Friday, December 12, 2008

Jom la pi kursus Joomla!

Jom la kita pi kursus Joomla! 10/12/2008 - 12/12/2008

Tuesday, December 9, 2008

Land slide@Bukit Antarabangsa

Maha Suci Yang Maha Kuasa

(Gambar Ihsan dari MStar)

Pikom oh Pikom


adus pikom...
kenapa la dibuatnya tarikh org belum gaji lagi...

kalau dibuatnya masa gaji kee, lepas gaji ke...
(dah la bulan ni ada bonus... heheee...)
boleh la cengko cari 'barang' sket...
ada 'projek' yang nak dibuat kat rumah cengko tu...

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidilahda


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha/Korban

"Maaf Zahir Batin"

Sunday, December 7, 2008

Lepak@Bagan Lalang

6/12/2008, dari KL Sentral (amik adik ipar) balik rumah kejap. Siap2 and pastu dari rumah terus ke Pantai Bagan Lalang, jln2 ambil angin pantai kat sana. Dari rumah cengko ke Bagan Lalang bukannya jauh pun, dalam 40 minit sampai la... ikut KLIA & pekan Sepang.

Ingatkan orang xramai coz' dah nak raya Aidiladha... rupa2 nya ramainya orang kat sana. Meriah juga... (lagi)














































Thursday, December 4, 2008

Just Five Cents

Dalam penat balik keje tadi, cengko tengok dalam mailbox, kot2 ada surat ke, parcel ke... apa2 la yg berkaitan dengan Pos Malaysia. Ada la satu pamplet tadika area BSP ni dan 2 surat diikat dengan rubber-bend. Satu dari MDKL - resit pembayaran cukai taksiran rumah. Satu lagi - dari Telekom. Cengko agak mesti bil streamyx ni. Buka2... ya memang betul bil streamyx. Tapi jumlahnya, bila cengko tengok, gelak sorang2. Apa tidaknya... cuba tengok jumlah dia... berapa? Hehehee....
Ni la orang kata... "Just Five Cents"


Wednesday, December 3, 2008

360@TV3

Rabu, 03/12/2008 jam 9.00 mlm di TV3
-Hassan Anak Rimau
-Ayah Pin
-Ajaran Ayah Pin
-Perkampungan Batu 13
-Kerajaan Langit
-Haji Abdul Kahar, dakwa Rasul Melayu
-Ada waran tangkap
-Ajaran MLM
-Kg Kemensah

Dokumentari di TV3 - 360 yang dihoskan Mazidul Akmal Sidik : Ajaran Sesat

Tuesday, December 2, 2008

Cinta Sejati...

Si Isteri merajuk lalu dipujuk Sang Suami...

## Alangkah bahagianya kalau kita di USIA EMAS, cinta masih kekal abadi


Monday, December 1, 2008

Xleh recover xD... xde rezeki

cengko dah buat bermacam cara nak recover xD yg corrupt tu. nampak gayanya terlopong la cengko. dah la dalam xD tu ada 90 keping gambar yg pegi genting highlands (Sabtu, 29/11/2008) & mancing depan umah (Ahad, 30/11/2008). ada 16 keping je gambar yg betul2 okey. yg lain, hm... nasib laa. Mujur la ada gambar yg amik kat 'Rumah Salji'... boleh la jadi pengubat...









apa hal la kau jadi gini xD weh...?!

kalau kita tengok secara thumbnail boleh kata okey la, tapi kalo nak buka satu2... ada error 'drawing failed'.

**kalo korang ada caranya, software utk recover ke, bak ler kat cengko. boleh la recover mana yg error tu...

***#***

antara gambar2 yg ok...










































## pegi genting highlands ikut hiway karak, balik ikut batang kali & ulu yam baru... dekat sket


### mancing dengan drace kat kolam depan rumah, dapat la 2 ekor anak belida (selat) & 2 ekor talapia (
hitam & merah)



Sunday, November 30, 2008

xD-Picture Card Corrupt

hadoi...!!! xD-Picture Card cengko corrupt....!!! Wa.a.a.aa.aaaaa....!!! Ada gambar gi Genting Highlands & mancing kat kolam depan rumah...

...usaha... usaha... usaha...
...minta2 la boleh diselamatkan lagi...


Friday, November 28, 2008

projek wifi akan datang - result

connection : simple je, jadi
status connection : ok, cun
transmitting data : kureng... slow, kdg2 cannot browse

keputusan : boleh dipertimbangkan utk teruskan projek ni

***#***


#pakai wireless modem laa...

>> setting & testing sekali lagi pada Isnin, 01/12/2008 & hasilnya...
...SANGAT BERJAYA...


Thursday, November 27, 2008

projek wifi akan datang

cengko cadang nak buat kat rumah, boleh lepak tepi kolam; sambil mancing, boleh santai sambil melayari internet, dak gitu...
***#***

sebelum...











cadangan selepas...











*nak kena beli AP dulu...
#pinjam yg ofis sekejap, buat testing... pastu pulang balik