Thursday, February 25, 2010

Lawak Mamu pasal Facebook

Sekarang ni ramai yang dok gilakan Facebook. Jadi sempena korang dok tergila-gilakan facebook ni, korang layan la dulu Mamu ni, dok bercakap pasal facebook...



#Huda Pok Lee yg ajar cengko facebook ni... xde la minat mana pon, sikit2...

Monday, February 22, 2010

Balik BSP@18-02-2010

Cengko balik ke BSP lebih kurang pukul 8.00 pagi. Alhamdulillah, jalan tak jem langsung. Mungkin ramai warga kota belum balik ke Lembah Klang lagi. Perjalanan Cengko santai saja...
Jalan lurus dari Raub ke Bentong - saujana mata memandang...

Sempat singgah di Kolam Air Panas Bentong di laluan lama Bentong - KL. Singgah mandi & berendam air panas. Boleh tahan panasnya. Memula memang terasa panas, lama-kelamaan Cengko boleh berenang dalam kolam tu. Best juga. Lepas mandi & tukar pakaian, badan berpeluh semacam.
Kolam Utama - suam-suam je...

Kolam atas, panasnya boleh tahan...

#Jom buat gathering kat sini...

Balik kampung - Main badminton

Aktiviti petang 16/02/2010 - Bermain badminton di tepi rumah abang Cengko dengan abang & anak buah cengko. Main suka-suka untuk keluarkan peluh.
Net ikat dekat pokok & tingkap rumah je...

Balik Kampung - Hari Keluarga Pantai Telong

Pada 14/02/2010 (Ahad), keluarga Mustapha beramai-ramai ke Pantai Sri Telong, Bachok untuk mengadakan hari keluarga (on the spot planning). Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 11.00 pagi, sampai di sana lebih kurang 12.00 tengahari.
'Head of Department'... MUSTAPHA CHIK

Selepas mendapart 'port' sesuai, kami membentangkan tikar & meletakkan bekalan makanan sebelum berposing sakan. Borak-borak sambil hilangkan penat perjalanan berkereta.
Anak-anak buah terus main pasir...

'Chif' sedang berehat...

Setelah semuanya berkumpul, aktiviti makan-makan bermula, mengisi perut lapar... semuanya makan macam piranha. Al-maklum la, perut lapar & bekalan makanan pula sedap. Mengadap je nasi... semuanya diam tak terkata apa. Dua tiga kali tambah, buuurrpp...!!! Al-Hamdulillah...
Semuanya tekun 'mengadap'...

Lepas makan apa lagi, santai la... Ya lah, bila perut dah kenyang, mata mula la layu... cari bantal. Ops sori...! bantal kat rumah yaa...
Peace...

Aktiviti main bola bermula... lawan 'jiran' sepantai. Main suka-suka saja. Kitorg kalah 2-4. Main atas pasir, penat wooo. Lari macam dah laju, tapi alahai dok pusing-pusing situ juga.
Gol batang buluh, jaring dengan pukat ikan...

Persiapan untuk sukaneka - joran, botol, 'pin' boling pantai, banyak lagi...
Cengko melayan anak buah, Aidiel main pasir...

Pertandingan memancing botol, berbagai ragam berbagai karenah.

Mencari selipar - Cengko paling last. Anak buah pedajal Cengko... dia baling jauh-jauh selipar Cengko...

Acara boling pasir. Baling guna bola dengan 'pin' botol air F&N yang diisi air masin.

Acara 'Cari Syiling Dalam Tepung'. Muka sorang-sorang dahsyatnya...

Akiviti last - mandi laut...

Aktiviti sebelum balik - BBQ

# Lain kali buat lagi grand...

Balik Kampung - Tahlil Arwah Mek

13/02/2010 (Sabtu malam Ahad), ayah Cengko buat Majlis Tahlil untuk Arwah Mek. Majlis xda la besar sangat, panggil saudara terdekat & warga Kusial Baru yang kelapangan. Majlis bermula dengan kaum keluarga terdekat Solat Mahgrib berjamaah diikuti dengan bacaan Yaasin beramai-ramai.

Selepas Solat Isyak, warga Kusial Baru mulai datang memenuhi ruang rumah yang kemudiannya majlis tahlil bermula. Selesai tahlil, hidangan makanan diberikan kepada tetamu - nasi putih, gulai daging, ayam percik, asam pedas ikan pacu, sambal, buah tembikai & teh 'o'.

# Siye ko Suhardi, tupoh kuoh gulai daging atas baju. Minta maaf banyok2, anak buah cengko xsengaja.

Thursday, February 11, 2010

Tertuduh@Hakim

Lepas lama tertangguh, sekarang dah masuk dalam dewan 'untuk berkata-kata'...

Tapi, la ni nak 'berkata-kata' tentang tertuduh @ hakim...

#xpaham cengko, apa kes ni...

Monday, February 8, 2010

Kepanasan@Memancing Putrajaya

Macam yang cengko bagitahu pasal memancing hari tu... pagi-pagi buta lagi, lebih kurang pukul 6.30 Ahad - 7 Februari 2010, Cengko & family bergerak ke Sisiran Tasik Presint 1, Putrajaya. Satu tujuan - memancing sambil bersantai/berkelah.

Hon pertandingan dibunyikan, lontar umpan ke tengah tasik. Kemudian, apa lagi, aktiviti santai bermula...













#"Dapat ke bang...?". "Dapat... dapat panas..."

Friday, February 5, 2010

Mancing lagi@Sisiran Tasik Putrajaya Presint 1

Jom mancing kat Sisiran Tasik Putrajaya, Ahad ni, 7 Februari 2010 dari pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari anjuran Wak Jali Event Management. Yuran RM30 je.. boleh santai dengan family. Cengko bukan nak mancing sangat pun, cuma nak 'ambil angin' je dengan keluarga.

Last memancing pada 09/08/2009 dulu... kat Tasik Botani.
"Tak ada ikan pun 'ngak' apa janji ENJOY"

Wednesday, February 3, 2010

Canting Batik

Malam semalam (02-02-2010), Akmal beli satu set canting batik kat sekolah dia, SKPU2. Balik rumah apalagi, terus minta Ibu belikan berus kaler, nak mencanting batik katanya. Dengan Ibu sekali gila mencanting, best jugak wat batik ni...

Hasilnya...
# Bolehlah tu, org amatur buat...

Monday, February 1, 2010

NIC 1 vs NIC 2


Cengko tak tahu kenapa letak gambar NIC 1 & NIC 2 ni...
Agak2 apa ya...?