Tuesday, December 14, 2010

3H2M di TRAP Sg Klah, 05/10/2010

"Siaran Tertunda"

Cengko ke sana untuk merasa kehangatan & kepanasan air panas di Sg Klah. Menginap di Allamanda Homestay kepunyaan En Raja Zainal berhampiran MRSM Felda amat memuaskan hati. Dengan persekitaran yang tenang, tenteram & aman, cukup untuk menenangkan fikiran. Dijemput oleh tuan empunya homestay, kami terus ke sana. Nampak dari luar kecil sahaja. Tetapi setelah masuk ke dalam, dengan 4 bilik tidur 2 bilik mandi, 2 ruang tamu & 1 dapur... cukup berpuashati.
Hari pertama cuma berjalan-jalan di pekan Sungkai - pekan koboi mengikut kata orang-orang tempatan. Tak mengapa, Cengko nak ke sana, melihat takut-takut ada kuda-kuda yang terlepas, boleh di bawa pulang ke BSP. Kemudian terus gerak ke TRAP Sg Klah, hanya untuk meninjau di mana tempatnya. Ya, JUMPA...! Esoknya baru kami ke sana.
Hari kedua, pepagi lagi bersiap-siap ke TRAP Sg Klah. Setelah siap, bergerak ke sana. Sesampai sahaja, terus beli tiket masuk ke TRAP & cari port untuk meletakkan beg-beg yg dibawa. Kenyang perut diisi, terus merasa air panas. Ya, ada yang suam-suam, panas, agak panas & terlalu panas.












Kolam besar air sejuk untuk anak-anak (dewasa pun ada) juga kami terokai. Menaiki gelongsor air, di timpa air terjun amat menyeronokkkan kami, hinggakan tidak sedar jam sudah pukul 3.00 petang (kami memasuki TRAP 10.00 pagi).



Bersiap-siap untuk balik ke Allamanda kerana hari sudah hampir petang & nampak semacam nak hujan. Lagi pun, tenaga semakin kurang.
Hari ketiga, selepas check-out kami gerak ke pekan Bidor untuk aktiviti window shopping & mencari apa yang patut. Setelah selesai, kami gerak pulang ke BSP, yang mana hanya pemandunya sahaja masih tidak memejamkan mata.

# Dderak sedak, balik gak letih...

Aktiviti malam Rabu

Setiap Selasa malam Rabu, Cengko & family gi ke court badminton di USJ 19, Subang Jaya, join geng opis Mrs Cengko main badminton. Sewa court dari pukul 7.00 pm hingga 9.00 pm, tapi Cengko bertolak dari rumah lepas Solat Maghrib. Sempat la main 4, 5 game. Main bukan kira menang kalah, tapi main untuk beriadah, keluarkan peluh saja.

# Majulah Sukey Utuk Cengko...