Sunday, November 30, 2008

xD-Picture Card Corrupt

hadoi...!!! xD-Picture Card cengko corrupt....!!! Wa.a.a.aa.aaaaa....!!! Ada gambar gi Genting Highlands & mancing kat kolam depan rumah...

...usaha... usaha... usaha...
...minta2 la boleh diselamatkan lagi...


Friday, November 28, 2008

projek wifi akan datang - result

connection : simple je, jadi
status connection : ok, cun
transmitting data : kureng... slow, kdg2 cannot browse

keputusan : boleh dipertimbangkan utk teruskan projek ni

***#***


#pakai wireless modem laa...

>> setting & testing sekali lagi pada Isnin, 01/12/2008 & hasilnya...
...SANGAT BERJAYA...


Thursday, November 27, 2008

projek wifi akan datang

cengko cadang nak buat kat rumah, boleh lepak tepi kolam; sambil mancing, boleh santai sambil melayari internet, dak gitu...
***#***

sebelum...











cadangan selepas...











*nak kena beli AP dulu...
#pinjam yg ofis sekejap, buat testing... pastu pulang balik


Wednesday, November 26, 2008

streamyx de' return

2030, 26112008
streamyx cengko dah okey, pening dah hilang dan cengko 'masih pening' kenapa dia jadi macam tu.

masalah berpunca daripada katalaluan yg digunakan, cemana boleh jadi cam tu...???

Tak paham cengko tapi tak pa la janji pening streamyx dah settle.

konpius cengko...


skrin v3i cengko pecoh

tengok condition masih cun.... tapi cermin skrin luar pecah.

sebab: xtahu sebab apa, letak atas meja masa nak tido bangun pagi tengok2 dah pecah. buat domestik inquiry, pun masih xde jawapan.





speaker lak kong...
nak jawab pakai loud speaker...








"nak jual...?"
"sorry, not for sale..."


"mintak no tepon"
"kosong sor semile... duwo limo duwo limo... uh! macam nombor pizza..."



streamyx oh streamyx

wahai streamyxku, kenapa la ko 'pening' hari semalam (25/11/08) dan hari ni. Nak kata xbagi 'nafkah' tiap2 bulan, bila 'masa dah time' kenyang la 'perut' ko tu.

ko bagi cengko mesej
"Error code 691: Access was denied because the username and/or password was invalid on the domain"

Sampai hati ko ya... buat cengko tensi.

cengko dah try bermacam cara utk hilangkan pening ko tu...

- cengko taip username & password dengan teliti.
** satu... satu tokan, masih salah (error 691)
- cengko guna username n password kawan cengko yg aktif.
** ok pula ko ya, takkan nak pakai yg org punya.
- cengko buat pengesahan username & password dgn taiko ko (TM).
** taiko ko sahkan ianya betul... apa yg salahnya...
- cengko 'reset' modem ko dari jenis riger.
** pon xboleh juga.
- cengko configure modem dari manual ke auto & sebaliknya.
** totap samo, apo yg ekau ondak eh...

cengko call minta bantuan dari taiko ko (no: seratus), dorang pon ikut pening macam ko, last2 dorang buat report kat technician dorang gak (1-4041943965). Katanya boleh settle dalam masa 2 hari bekerja, harap2 technician taiko jgn ikut pening skali...

ops! apa yg cengko tahu, ikut kata troubleshooting dari taiko, error 'pening' tu berpunca drpd 2 masalah:

satu = username & password salah.
> betul laa..!!! siap cengko kopom dgn taiko 100 lagi tu...

dua = akaun suspended.
> apo plak...!!! 'perut' ko dah konyang apo... mano ado tunggak2...


minta2 balik umah karang, ko dah xpening dah. Kalo tak, cengko yg pening...

toing... toing... toing...!!!


Monday, November 24, 2008

proses topdressing settle...

sabtu & ahad (22&23/11/08), mengerjakan apa yg dirancang. 2 kali ulang alik kat bwh jmbtn tepi sungai amik pasir free... jimat dlm 20... 30 hengget tu. xpa la campur dgn batu2 kasar sikit pon, yg tu boleh buang balik bukannya bnyk pun. (aduh! pasir tumpah dlm bonet keta pulak)



proses tabur pasir, ratakan dan 'edit' tmpt yg bonggol & lekuk biar kawasan tu nmpk rata, baru philipinegrass tu nmpk cun bila naik balik.







lepas settle semua, alahai xcun nya cengko tengok, cam hampeh! tapi xpe, biasalah tu, proses pemulihan. 2, 3 bulan lagi ok la tu.







proses menunggu la pulak pas ni. ops! baja jgn lupa...










satu lagi, proses bersihkan pasir dalam bonet w.i.r.a.b.g.m pas ni...
terpaksa rela la ni... (proses sampingan topdressing)


Thursday, November 20, 2008

cengko keno tag pulok doh ko mycitong

1. When was the first time you meet him/her?
mak ayah? dari masa 1st day. wife? dari tahun 1993.

2. What do you feel?
rindu, lama xbalik kg. sayang, kekal menebal.

3. What do you feel right now?
hepi. lapar pon ada, heheee...

4. If your enemy do anything that you hate, what will you do first?
aim betul2, pantang lepa kena ko...

5. Give 5 characters that you have :
satu - xberapa mesra kalo mula2 kenal org
dua - susah nak marah, cool je...
tiga - cepat kesiankan org
empat - ambil berat org lain (bukan jaga tepi kain worang!!!)
lima - senang give-up, tp lain masa cuba balik...

6. If he/her broke your heart, what's your action?
unsangkarable... bawa bincang apa yg jadi penyebab...

7. What character you like towards him/her?
caring n hepi go lucky... ada je lawak

8. Who is the name of no.1?
pader, Mustapha Chik... mader, Patimah Hamad... wife, Ku Pelida Tuan Nor

9. If your lover becomes your enemies, will you hate him/her?
xpon, merekalah segala2nya...

10. The most memorable thing he/her had done for you?
many unsangkarable gift...

11. The most thing that he/she have said to you?
"Hm, hmmm..." senyap & senyum malu2... yahuuu!!!

12. To the person that always supports you?
hope support me sokmo...

13. 5 people to tag:
Maizatul
Jarro
Ann
K. Lijah
Pokcik Sani

(giliran korang pulak...)


Rubik's Cube

cengko tengok ada beberapa kawan dok asyik cuba settle Rubik's Cube. tekun betul dorang ni berusaha. hm, kalo cengko buat, xsampai 5 minit... akan cengko 'kerjakan' dia punya kaler cube.

10 minit... siap...!!! nak blajar...? tanya kak lijah...


Wednesday, November 19, 2008

Sekitar konvo akmal

Konvo anak cengko pada 15 Nov 2008 kat dewan MMU, pelbagai ragam budak2 tadika cengko lalui. Paling banyak, ragam yg melucukan sampaikan mak ayah bebudak ni xkering gusi dibuatnya.


Masa nyanyi lagu "Negara Ku"
Saat ke 40, dibuatnya lawak, abis pakat gelak




Masa nyanyi lagu apatah yg ada "Malaysia Gemilang..."
Tgk betul2 kat minit yg ke 1:20, adoi la!!! nak pecah perut aku gelak anak cengko buat lawak
Akmal 'terbabas' lirik... hahaaaa




"Joget Melayu"
Ada 'mangsa' kena seret... hahaaa



"Bintang-Bintang"


Tuesday, November 18, 2008

Topdressing Phillipinegrass

xtvt hari minggu (22&23/11/2008) ni nak buat topdressing kat rumput karpet cengko tu. nampak cam dah serabai dah, xterurus... panjang & kekuningan, tanah pun dah tinggi rendah. sakit mata nengok, xcun langsung. buat dengan pasir & baja, biar rumput dari jenis phillipinegrass tu naik cantik sket. baru best nak bersantai petang2 sambil pekena pisang@keropok goreng & sirap bandung. hasilnya nanti tengok la...

*pasir baru ada 2 beg... byk lagi nak kena beli

sumber : http://www.mynormas.com

tanah kosong sebelum kerja2 penanaman phillipinegrass (mula2 nak pindah dulu - akhir disember 2006)

Monday, November 17, 2008

Senarai...

1. Tapak kasut
2. Wira slave pump clutch (rm60)
3. Centre lock
4. Balas
5. Spoket 36"
...

Friday, November 14, 2008

BSP to...?

BSP - Skudai : 41.8 (303.8)
BSP - Tapah : 22.4 (163)
BSP - KLIA : 3.8 (21.9)
BSP - Spg Pulai : 27.8 (203)

Sumber:

MDAZ umo 2 tahun lebih

Muhammad Daniel Akmal masa umur 2 tahun lebih. Dok khusyuk makan kek hari jadi Fizi. Gambar bertarikh 01 Julai 2005 di rumah Abg Ya, Kg Kusial Baru, TM, K.

Seminar ‘Technology Update’

Last minit daftar nama menghadiri Seminar ‘Technology Update’ yg diadakan di PICC, Putrajaya pada 13 November 2008. Seminar yg bermula pukul 8.30 pagi dan dijangka tamat pukul 3.30 petang, ttpi lewat 45 minit yg mana berakhir pukul 4.15 petang. Ops! Anjuran AVP (SEA) Sdn Bhd yg mana kaspersky anti-virus adalah salah satu produk mereka.

Kehadiran boleh dikatakan amat mengalakkan… majoritinya dari sektor kerajaan di Lembah Klang: DBKL, Jab. Audit, KTAK, MUIS, KDN… xketinggalan JMM.

Paling menarik adalah AV dia… banyak2 seminar tentang AV yg cengko hadiri, yg ni paling menarik & paling ‘memikat’ cengko; kebolehan & ke’terrer’an dia. Teringin cengko nak tukar kpd yg ni, tp bkn cengko yg buat keputusan.

“SYMP”

Wednesday, November 12, 2008

RM50 menjadi RM20,000?

Klik2 web Utusan Malaysia Online, terpandang la pautan yg menarik perhatian cengko. Hm... cengko pernah dipengaruhi utk masuk skim cam ni, tapi cengko xnak. Cengko tahu, benda2 cam ni mengarut saja. Cengko cuba2 buat analisis sendiri nak pastikan sama ada betul atau tidak. Ternyata analisis cengko tu betul, nasib baik cengko xmasuk. Mana yg pernah masuk tu, cengko tengok xde apa2 pon, sunyi sepi je. Kata dapat pulangan kaw2 & pakai keta mewah2... Onda Ekod la, Onda Sibik la, Onda Jeh la, Onda Odisi la. Tapi haprak jer, yg ada cuma Onda Kap jer... tu pun utang dgn kedai motor... lom abih bayor lagi.

"cengko menang motor..."

.....

RM50 menjadi RM20,000?

SAYA terpanggil untuk mengulas isu skim piramid yang saya kira tidak pernah diambil iktibar oleh orang ramai. Terbaru, Skim Mat Jenin yang hanya memerlukan seseorang melabur RM50 dan kemudian dijanjikan pendapatan lumayan RM20,000 selepas lima bulan. Akibatnya, hampir 4,000 pelabur yang kebanyakannya orang kampung berputih mata apabila 'kepala' skim cabut lari bersama duit mereka.


Bukan saya tidak simpati dengan nasib mangsa yang sesetengahnya sanggup meminjam dan bergolok bergadai untuk menceburi skim berangkai ini. (Kadangkala, tahap keterujaan mereka untuk menyertai skim ini begitu meluap-luap sampai membuatkan saya terfikir, mungkinkah ada unsur-unsur 'mandrem'?) Tetapi, geram pun ada. Suka saya bertanya, kalau ikut pemikiran yang waras, logikkah RM50 boleh jadi RM20,000? Patut-patutlah kalau nak percayapun. Petua saya mudah, kalau rasa teragak-agak dan sangsi, baik jangan teruskan.


Secara umumnya, skim cepat kaya dan seumpamanya berkonsepkan keuntungan hasil jumlah pelaburan 'kaki'. Lebih ramai 'kaki' maka lebih untunglah 'kepala'. Penjualan produk hanyalah untuk mengaburi mata bagi membuktikan kononnya wujud aktiviti jual beli. Kegiatan seperti ini lebih banyak buruk daripada baiknya. Bayangkan apabila penggerak aktiviti ini ghairah mengaut keuntungan dengan mengeksploitasi golongan yang berpendapatan rendah dan para pelajar di menara gading.


Saya sendiri pernah dipujuk memasuki skim seperti ini oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di ibu negara. Syarikat-syarikat begini menawarkan pulangan atau keuntungan dari RM3,000 hingga berpuluh-puluh ribu sebulan. Mereka memperkenalkan pakej-pakej tertentu sama ada pelabur ingin melabur dari RM2,500 hingga RM36,000. Namun asasnya tetap sama. Jika kaki gagal menarik minat pelabur lain, maka rantaian terputus dan hasilnya pasti mengecewakan.


Namun, saya bersyukur punya kekuatan untuk menolaknya dengan baik kerana saya sesungguhnya sedar akan kemampuan kewangan saya. Lagipun saya kurang minat untuk mencari 'kaki' walaupun bakal 'kepala' tidak jadi saya itu beria-ia menyatakan kesanggupannya berkempen untuk saya. "Awak tak pandai cakap tak apa, awak cuma perlu cari orang sahaja. Nanti bawa jumpa saya, biar saya yang cakap."


Malangnya, ada rakan-rakan saya yang termakan dengan segala janji manis dan gambaran molek-molek yang disajikan walau sudah dinasihatkan, mengambil kira pengalaman orang lain yang rugi. Mereka bukanlah berpendapatan tinggi, sekitar RM1,000 tetapi sanggup membuat pinjaman peribadi sehingga RM40,000 semata-mata mahu menyertai skim tersebut. Untuk makluman, saya dan rakan-rakan merupakan kakitangan kerajaan biasa yang baru tiga, empat tahun bekerja.


Akibatnya, rakan-rakan saya itu terpaksa menanggung hutang yang dipotong melalui gaji setiap bulan sebanyak RM600 selama 10 tahun! Tahun 2018 baru nak langsai. Kasihan... Mereka masih muda dan ada antaranya yang baru mendirikan rumah tangga dan sedang menunggu kelahiran zuriat sulung. Ada juga yang baru sahaja menimang cahaya mata. Sekarang hendak beli susu anak pun terpaksa meminjam. Bayangkanlah bebanan yang terpaksa ditanggung selama sedekad itu dalam tempoh anak-anak kian membesar. Jangan kerana keghairahan kita mahu cepat kaya dengan jalan singkat, masa depan anak-anak menjadi taruhan.


'Kepala-kepala' ini pandai menyasarkan penjawat awam kerana kelebihan yang ada pada kami untuk membuat pembiayaan peribadi bank dengan mudah.


Untuk meyakinkan dan menambah sedap cerita, penggerak aktiviti ini juga dengan bangganya menceritakan hasil keuntungan bulanan masing-masing.


Lebih menyedihkan, ada antara lintah darat ini yang mengajar para pelajar institusi pengajian tinggi menggunakan duit pinjaman mahupun biasiswa mereka untuk melabur dengan mereka. Betapa jeleknya sikap 'kepala' pelaburan ini yang tamak haloba dan mementingkan diri sendiri hingga sanggup mempengaruhi anak-anak yang masih menuntut, membuang masa mencari 'kaki' dan mengambil risiko melabur menggunakan wang kerajaan.


'Kepala' kononnya mendakwa tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan mahu membantu golongan berpendapatan rendah dan para pelajar. Ironinya, kebanyakan mangsa kini terdedah dengan kegiatan jenayah dan menyalahi undang-undang disebabkan oleh masalah kewangan yang membelenggu setelah menyertai skim ini.


Tambah mengecewakan, yang menjadi mangsa kebanyakannya terdiri dari anak bangsa saya sendiri yang enggan menjadikan kegagalan skim-skim berantai yang telah banyak menimbulkan kontroversi sebelum ini seperti Pak Man Telo dan sebagainya, sebagai satu pengajaran. Besar harapan saya agar pihak kerajaan memantau aktiviti ini secara berterusan sehingga akhirnya ia dapat dihapuskan sama sekali. Saya melihat ia tidak lebih dari satu bentuk penindasan dan penganiayaan secara halus dengan mengambil kesempatan terhadap golongan miskin.


Saya juga ingin menyeru mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa untuk berkongsi pengalaman mereka di sini agar dapat dijadikan iktibar kepada para pembaca yang masih belum terjerumus ataupun mungkin sedang berkira-kira untuk menyertai skim ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Akhirnya, semua terpulang kepada diri kita sendiri.


DUDA BULUH KASAP

KL



Friday, November 7, 2008

Setelah 2 hari em-see

aduhai boringnya cengko, dok umah 2 hari (rabu & khamis) coz' em-see. tapi xpe la coz' jaga anak yg kena chickenpox. kang hantar kat tadika dia, jangkit kat budak lain lak, naya. hopefully cepat la sembuh, sabtu - 15 nov 2008 ni ada konvo lak kat dewan mmu, cyberjaya.

sembuh cepat ek... ek... ek...!!!


Tuesday, November 4, 2008

PJ State hujan

Hm, PJ State ujan la pulak. Semalam pun hujan gak, lewat cengko balik semalam. Harap2 hari ni sempat la hujan berenti, boleh balik awal, nak bawa Akmal gi klinik jumpa doktor.. chickenpox.

(Amcorp Mall, TNB & Mahkamah Sesyen PJ)



Nun... Hotel Armada, yang tinggi kat tengah2 gambar tu. Hilton belakang kiri.

Akmal kena chickenpox

02 Nov 2008, balik dari keje Ibu ternampak Akmal ada biji2 kecil kat pipi dia. Nampak semacam je biji2 tu, berisi air kat dalam biji tu. Eh! cam nak kena chickenpox je. Betul ke...?




03 Nov 2008, hmm... cam chickenpox je, makin banyak dah naik kat badan. Ada yang kecik, yang sedang, yang besar. Semua ada. Ayah pegi kedai beli bedak sejuk, xnak bagi kena lagi teruk. Harap2 la.

(Sempat lagi tu buat lawak...)

Pagi ni (04 Nov 2008), tengok dah makin banyak tapi xtahu sama ada itu betul2 chickenpox atau 'chicken' lain. Masih lagi hantar Akmal kat sekolah dia. Dalam kul 11 a.m ++, teacher Su call & sms kata Akmal mmg naik chickpox & suh amik Akmal balik, takut berjangkit kat budak2 lain. Ibu gak yang kena. Sian Ibu :(

"Ibu nak balik la kul 2 p.m nanti, nak tengok Akmal mcm mana", ringkas kata Ibu.

Balik karang nak gi klinik & check doktor & buat la apa-apa yang patut.

p/s: pada sape2 yg tahu ubat chickenpox ni, bagi tau eh... petua ke, penawar ke?

...