Thursday, September 17, 2009

Nak ikut GM@LPT?

Alang2 tol murah (free), cengko ingat nak balik kg ikut LPT. Saja ja, nak ronda2 makan angin. Tapi leas cengko buat survey, rasa cam xjadi la nak ikut LPT tu. Jauh sgt la pulok. Tol murah, minyak pulok mahal (parok minyok weh!!!).

Jadi, nak x nak, cengko kena ikut Gua Musang juga la. Save bajet sket. Dekat pun dekat. Kalau ikut LPT mmg cepat coz' tu hiway berbanding jln negeri yg lalu GM.

Tapi, kalau musim2 raya mcm ni xde cepatnyee...



Tengok le route dia...

Masih sesak tapi nmpk longgar

Masa on de way datang opis pagi tadi, tengok kenderaan kat Federal Highway tu dah makin 'longgar' walaupun jalan masih lagi sesak.

Maknanya...? (Jawapan anda...)

Dah pandai masuk E6

Tghri semalam wife balik rumah kejap bawa adik dia pegi interview kat Giant Putra Height. Tu la first time dia drive keta sendiri keluar dari jln persekutuan & masuk ke hiway E6 tu. Sebelum ni cengko punya la 'goda' dia suruh bawa keta kat 'jln besar', nak biasa2kan diri kat jln yg advance skit - langsung tak 'tergoda'.

Tp semalam, hm... selamba je dia bawa keta ke Putra Height tu. Masa on de way balik BSP siap boleh rilek jer, padahal jem kaw2 kat E6 tu coz' ada eksiden.

Caiyok laa...!!!
"E6 tu apa ya...?"
"Masuk google, taip highway E6..."

Wednesday, September 16, 2009

Aih, tol raya la...

Sesampai kat opis pepagi ni, Cengko dok baca satu berita dalam Utusan Online, tajuk "Tol percuma hadiah raya". Ingatkan utk hiway PLUS lagi, tp ghupo2nyo utk hiway LPT & Karak. Link kat Berita Harian Online pun ada, sini...

Maknanya cengko pon dpt ler 'hadiah raya ni' kalau ikut 'syarat2' yg ditetapkan...

Critoo dia gini...

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September ini.

‘Hadiah hari raya’ itu meliputi semua kelas sama ada kereta, bas mahupun lori.

Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal menikmati pengecualian maksimum iaitu RM29 sehala yang melibatkan perjalanan dari Plaza Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu atau laluan sebaliknya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmil Khalid berkata, program pengecualian tol itu adalah yang pertama dilakukan oleh syarikat konsesi lebuh raya di negara ini.

Katanya, perjalanan percuma sempena Aidilfitri itu dianggarkan bernilai RM2 juta berdasarkan purata penggunaan 200,000 buah kenderaan sehari.

“Bagi kami, jumlah RM2 juta itu tidaklah besar apabila dibandingkan dengan nyawa para pengguna dua lebuh raya tersebut.

“Pengecualian tol ini bertujuan mendorong para pengguna merancang perjalanan sekali gus mengurangkan kesesakan dan kemalangan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kumpulan MTD di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Salleh dan pengurusan tertinggi Kumpulan MTD.

Azmil berkata, pengecualian tol itu diharap akan mendorong lebih ramai pengguna memulakan perjalanan mereka selepas tengah malam kerana ia berada di luar waktu puncak.

Berdasarkan rekod katanya, 60 peratus pemandu menumpukan perjalanan pada siang hari dan ini menyebabkan kesesakan yang teruk.

Ditanya mengenai perjalanan pada waktu malam lebih terdedah kepada kemalangan, Azmil menjelaskan, pemandu sebenarnya berada dalam keadaan segar sekiranya mendapat rehat secukupnya.

“Biasanya waktu mengantuk ialah selepas makan malam dan apabila melepasi tengah malam, rasa mengantuk akan hilang,” katanya.

Azmil berkata, sekiranya program pengecualian tol itu berjaya mengurangkan kesesakan, pihaknya akan membuat pertimbangan sama ada ia wajar diperkembangkan pada musim perayaan lain.

Terima kasih semua...

p/s: Cengko mmg balik 18hb mlm & time yg dorg buat syarat tu mmg time cengko selalu gerak blk kg...

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin...


Monday, September 14, 2009

dalammasaempatharilagicengkobalikkampung


hrai ni sduah hrai inisn, breakmna tnggial emapt hrai lgai ckngeo aakn bialk ke kmanpug di tnaah mreah, kleanatn. kpelaa htoak ckngeo dah hlaing eatnh ke mnaa, cmaa jaasd ynag bredaa di pjeaabt.

lpaes krjea jmaaut ni treus bialk rmuah di BSP & saip2 apa ynag ptuat. Lpeas bberbkua psaua, cohw...!!

Slemaat Hria Ryaa Adiil-ftrii...
Maaf Zhair Btian...

Saturday, September 12, 2009

Langkah sebelum mulakan perjalanan


1. Rancang perjalanan anda
Anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan rehat menggunakan peta.

2. Dapatkan rehat mencukupi
Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.

3. Elak mengambil minuman atau ubat yang beri kesan mengantuk

4. Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu
Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.

5. Periksa kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan jauh
Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator. Selain itu periksa bahagian lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu isyarat kecemasan. Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian. Periksa bahagian brek seperti minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta memeriksa getah pengelap cermin.


Sumber : Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)

Thursday, September 10, 2009

Re-Union Geng Klate UiTM Terengganu


RE-UNION Geng Klate UiTM Terengganu (Dungun) (batch 1995-1997) akan diadakan pada Hari Raya Aidilfitri Ke-4 (23/09/2009, Rabu) jam 3.00 petang. Tempat akan diberitahu kemudian.

Harap anda semua dapat menghadirkan diri bersama keluarga untuk lebih meriah lagi.

Sila reply untuk pengesahan kedatangan anda kepada :

cengko@gmail.com
cengceng00@yahoo.com
zahri@met.gov.my

-Ceng@Cengceng@MatYie@Abe Yie-

Tuesday, September 8, 2009

Posa akmal 2009

Tahun ni Cengko target akmal puasa penuh coz' yang tahun lepas dia tinggal cuma 4 hari, tu pun setengah hari, setengah hari... Tapi puasa yang tahun lepas dia dah ganti balik - qadha balik.

Sampai skang ni pun masih lagi belum tinggal, alhamdulillah...

Ari tu, masa mula2 puasa ada gak dia minta nak minum air, dahaga katanya. Tapi ibunya pujuk suh gi mandi. Badan dah sejuk, hilang la rasa nak minum. Kusss... nasib pujukan ibu diterima. Kalau tak, abis - barai posa... Skang ni dah jadi habit dia dah, kalau rasa dahaga jer, minta dgn ibu nak mandi. "Xnak kasi haus la ibu", katanya. Cengko dlm diam2 pun ada skodeng/ngintai akmal mandi. Kot2 dia minum air ke.

Yang sahnya mmg dia xde 'bantai' air paip tu. Selamat...
Tahun 2009
Tahun lepas - 2008

# Jadual tampal kat peti ais, lepas berbuka akmal akan 'tick'...

Thursday, September 3, 2009

Lawak la...

Hahahaa... gelak sakan cengko bila baca pasal 'tu'...

Teringat masa kecik2 dulu, suka tengok rancangan "Mini Parlimen" bersama Pakcik Jamal...