Wednesday, September 16, 2009

Aih, tol raya la...

Sesampai kat opis pepagi ni, Cengko dok baca satu berita dalam Utusan Online, tajuk "Tol percuma hadiah raya". Ingatkan utk hiway PLUS lagi, tp ghupo2nyo utk hiway LPT & Karak. Link kat Berita Harian Online pun ada, sini...

Maknanya cengko pon dpt ler 'hadiah raya ni' kalau ikut 'syarat2' yg ditetapkan...

Critoo dia gini...

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September ini.

‘Hadiah hari raya’ itu meliputi semua kelas sama ada kereta, bas mahupun lori.

Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal menikmati pengecualian maksimum iaitu RM29 sehala yang melibatkan perjalanan dari Plaza Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu atau laluan sebaliknya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmil Khalid berkata, program pengecualian tol itu adalah yang pertama dilakukan oleh syarikat konsesi lebuh raya di negara ini.

Katanya, perjalanan percuma sempena Aidilfitri itu dianggarkan bernilai RM2 juta berdasarkan purata penggunaan 200,000 buah kenderaan sehari.

“Bagi kami, jumlah RM2 juta itu tidaklah besar apabila dibandingkan dengan nyawa para pengguna dua lebuh raya tersebut.

“Pengecualian tol ini bertujuan mendorong para pengguna merancang perjalanan sekali gus mengurangkan kesesakan dan kemalangan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kumpulan MTD di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Salleh dan pengurusan tertinggi Kumpulan MTD.

Azmil berkata, pengecualian tol itu diharap akan mendorong lebih ramai pengguna memulakan perjalanan mereka selepas tengah malam kerana ia berada di luar waktu puncak.

Berdasarkan rekod katanya, 60 peratus pemandu menumpukan perjalanan pada siang hari dan ini menyebabkan kesesakan yang teruk.

Ditanya mengenai perjalanan pada waktu malam lebih terdedah kepada kemalangan, Azmil menjelaskan, pemandu sebenarnya berada dalam keadaan segar sekiranya mendapat rehat secukupnya.

“Biasanya waktu mengantuk ialah selepas makan malam dan apabila melepasi tengah malam, rasa mengantuk akan hilang,” katanya.

Azmil berkata, sekiranya program pengecualian tol itu berjaya mengurangkan kesesakan, pihaknya akan membuat pertimbangan sama ada ia wajar diperkembangkan pada musim perayaan lain.

Terima kasih semua...

p/s: Cengko mmg balik 18hb mlm & time yg dorg buat syarat tu mmg time cengko selalu gerak blk kg...

7 comments:

~0~ said...

ok la tue bang...xkena tol...leh save skit duit

cengko said...

~0~,
itu la.. dah org nak bagi duit raya, kita amik la kan...

idian said...

Setakat dapat tol free 3 inggit!!!!!!!!!
Lain la kalu nak ikut H/way pantai timur.
Tajuk je yang sedap....HADIAH HARI RAYA

Cik_daya said...

cikDaya tak dapat ler "hadiah hari Raya" itu...
balik kg tak lalu highway

cengko said...

idian,
xpa la 3 hengget pon 3 hengget la. dah rezeki bnyk tu, trimo la kan. kang di bagi nya 3ribu ringgit. berduyun la plak jem nye... hehee

Selamat Hari Raya...

Cik_daya,
xpa la xdpt pun, janji kos atas jln tu dh murah dah...

+akufobia+ said...

hu.semoga semua mendapat kesedaran untuk tidak membahayakan orang lain supaya samasama dapat pulang beraya bersama yang dirindui.kan.doakan semua selamat.

cengko said...

akufobia,
insya-allah, doakan semua selamat sampai ke destinasi & dapat bersama keluarga tersayang...