Saturday, September 12, 2009

Langkah sebelum mulakan perjalanan


1. Rancang perjalanan anda
Anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan rehat menggunakan peta.

2. Dapatkan rehat mencukupi
Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.

3. Elak mengambil minuman atau ubat yang beri kesan mengantuk

4. Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu
Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.

5. Periksa kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan jauh
Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator. Selain itu periksa bahagian lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu isyarat kecemasan. Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian. Periksa bahagian brek seperti minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta memeriksa getah pengelap cermin.


Sumber : Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)

2 comments:

Anonymous said...

askum...
salam lebaran...
ada kad raya untuk awak kat blogged saye yea...
sudi2lah amik...thanks...
askum..
~bye~

de 'kool said...

MSWK,
wslm... terima kasih.