Saturday, February 28, 2009

Tiket dah beli

Lepas balik dari kursus kepimpinan kat opis tadi, cengko terus ke stadium Shah Alam, beli tiket bola - 4 dewasa & 1 kanak-kanak. Cengko, Wife, Akmal, Pak Su Din & Mak Su Zie.
2 dewasa, 1 kanak-kanak = RM25

Friday, February 27, 2009

Jom tengok bola

Cengko cadang nak bawa wife & anak gi tengok perlawanan bola antara Kelantan & Selangor hari Sabtu 28/02/2009 ni. Anak cengko beriya2 nak masuk Stadium Shah Alam, nak tengok mcm mana dalam stadium & suasana dalam tu dgn riuh rendah pekik sorak penyokong fanatik bola.

Lagi pun dia xpernah masuk stadium. Cengko pun yg last tengok bola masa Malaysia lawan Thailand yg kesudahannya kita kalah sebab kesilapan goal keeper kita tu, masa sukan SEA dulu kot. Ya la tu...
Hm... tiket xbeli lagi ni...

Thursday, February 26, 2009

Cabut gigi

Gigi Akmal dah goyang dah, nak tumbuh gigi kekal. Balik keje Khamis, 26/02/09 ari tu, gi Klinik Gigi Tiew kat Puchong Perdana. Cabut 2 batang & tampal 2 batang, kena RM120. Akmal cakap tak ada rasa sakit pun, jatuh basikal lagi sakit. Tambahan pula doktor gigi tu mmg friendly & pandai ambil hati bebudak, sambil dok tampal & cabut tu, doktor bagi semangat & motivasi kat Akmal. Cengko pun ada sekali, tak ada la Akmal cuak sgt.

Monday, February 23, 2009

Gas abisss.....

Dalam hujan2 lebih kurang pukul 9.10 p.m, aku merempit gi kedai beli gas. Gas kat rumah tiba2 abis masa wife cengko dok tgh masak. Ayam masak kicap. Mmmmm...

UPIM (bukan Upin& Ipin)

UPIM Online

Sunday, February 22, 2009

Saguhati pun jadi la...

Adik cengko masuk pertandingan memancing kat Tasik Presint 1, Putrajaya pagi tadi. Hm, tadi dia hantar SMS, katanya dapat saguhati hamper dan wang tunai RM200. Berbaloi la tu. Bayaran satu joran baru RM30.

Ok apa, balik modal la...

Saturday, February 21, 2009

Cantik berkilat

Petang tadi, tak ada apa nak buat, basuh kereta dgn Akmal sambil main simbah2 syampo kereta & siram2 air. Cengko syampoo kereta, Akmal syampoo cengko. Akmal siram kereta, cengko siram Akmal dgn syampoo. Kereta berkilat, org kuyup.

Kereta dah balik

Hm... selepas 4 hari baru kereta cengko yg eksiden ari tu boleh balik rumah. Tu pon abg bengkel tu dah call minta ambil kereta, dah siap katanya. Tapi pak aji tu cuma masukkan duit RM200 je... mana cukup, sedangkan kos repair RM450. Pak aji tu memula janji (janji seorang HAJI tu...) nak bayar pagi Khamis, kemudian tunda petang Khamis, pas tu pagi Jumaat, pas tu petang pulak dah. Last sekali kata nak masukkan sebelum pukul 11.00 a.m hari Sabtu (pagi tadi la...).

Berangan cengko nak amik kereta, sian wife gi keje awal2 pagi (sampai opis dia bantai tido balik...)

Tup2 cek Mebentuyup, kot2 dah masuk, tapi YILLEK!!! Call pak aji tu, dia kata nak masukkan senin depan pulak. APA NI...!!!

Nasib ada ikhtiar lain...

Nanti ko haji weh...!!! Cengko bagi last can sampai pukul 2.00 p.m senin ni (2.01 pm pun XBOLEH!!). Lepas dateline & timeline tu, report di Puchong Jaya akan BERJALAN. Biar padan muko ekau...

Haji pun haji la... kalau betul2 haji, takkan janji pun xleh tunaikan. Kalau tak boleh berjanji, jangan buat janji. Masa memula hari tu, cakap ada banyak bengkel sendiri (siap masuk MOTOR TRADER tu... ye ke?), buat katering lagi, kat area lembah kelang ada banyak cawangan (pergh...!!!).

Tapi RM450 yg cengko minta... cengko dah jadi macam ceti dah...(kain sarung ada, payung HITAM tak ada la). Nasib cengko xpegi rumah dia, simbah cat merah. Eh, dah jadi ah long ke cengko ni? Hehehee...

(Weh, kat mana eh rumah pak aji tu...? Ada sapa tau dak?)

Enjit-enjit Semut

Bukan setakat dengar, ambil pedoman sekali...

video

Thursday, February 19, 2009

Selesai rawatan laser

Terima SMS dari adik cengko pukul 10.53 a.m kat HUKM, katanya dah selesai dah jalani rawatan laser tu. Hm, lama juga eh... dalam 3 jam++. Kena bius separuh badan, sedar tapi tak ada rasa sakit apa pun. Kena admit wad pula nak bagi ubat bius tu betul2 habis, maybe dalam tempoh 5-6 jam juga, kata doktor.

Alhamdulillah...

Rakyat diseru undi Sipadan

KOTA KINABALU 18 Feb. - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman meminta semua rakyat Malaysia memberikan undi mereka dalam satu kempen online www.new7wonders.com/nature bagi menyenaraikan Pulau Sipadan sebagai satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru.

"Sipadan adalah permata dasar laut yang amat popular dalam kalangan penyelam di seluruh dunia. Kita seharusnya berbangga dengannya, dan sehubungan itu, saya meminta semua orang termasuk pelancong memberikan undi bagi tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, rakyat Malaysia perlu mewujudkan kesedaran untuk mengundi destinasi pelancongan itu kerana pencalonan Sipadan sudah merupakan satu penghormatan.

Sipadan adalah satu daripada 261 calon bagi tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru bersama tarikan alam semula jadi lain seperti Ko Phi Phi di Thailand, Grand Canyon dan Air Terjun Niagara di Amerika Syarikat dan barisan terumbu karang besar, Great Barrier Reef di Australia.

Musa turut mengarahkan pihak berkuasa memastikan ekosistem marin di sekitar Sipadan terus dilindungi. - BERNAMA

Masuk dewan bedah

Pagi tadi masa atas motor (merempit), terima SMS dari adik cengko yg dia baru saja masuk dewan bedah, nak buat rawatan laser batu karang.

Rawatan ni macam minor operation la, lepas siap boleh balik rumah terus.

Hope semuanya okey... Insya-Allah

Wednesday, February 18, 2009

Mac - Bulan Walimatul-Urus

Bulan Mac/3 ni ada dua walimatul-urus berturut, ops BUKAN cengko tapi anak buah cengko.

20/03/2009 (Jumaat) - Mohd Saiful Bin Mohd Zaid, anak sulung abang cengko (adik-beradik no.3, lelaki sulung)

Seminggu kemudian...

27/03/2009 (Jumaat) - Mohd Tarmizi Bin Zakaria, anak sulung kakak kedua cengko (adik-beradik no.2, perempuan ke-2)

Macam mana nak balik kg tu...? balik di antara kedua2 majlis tu la jawabnya...

p/s: cengko ke-7

Tuesday, February 17, 2009

Dah hantar bengkel

Petang tadi dalam pukul 5.45 p.m, tunggu wife kat Taman Mas, Sepang. Tunggu dia xsampai pun 5 minit, dah muncul.. Terus bawa kereta ke bengkel yg tanya kos petang tadi. Tanya brother tu bila boleh siap. Katanya petang lusa boleh siap la, maknanya hari Khamis dah boleh amik dah.

Petang la kot coz' semua kerja. On de way balik kerja...

Cerita Malang 17/02/2009

Cerita 1: HUKM
Pagi2 lagi lebih kurang pukul 5.20 a.m, cengko merempit ke Kajang, rumah adik cengko kat sana coz' hari ni dia ada appointment dgn pakar utk buat rawatan laser batu karang. Sampai HUKM lebih kurang pukul 7.35 a.m, terus ke Bahagian Pakar di tingkat 7 sebelum di'refer' pula ke tingat 2 bahagian pembedahan minor (bedah yg kecil2 la ni ya...). Dok melepak kat situ dgn adik ipar cengko (org lain xleh masuk, xnak menganggu pesakit...). Tunggu punya tunggu, staf HUKM kata kena tunda ke hari Khamis ni pulak, 19hb. Februari 2009. Tapi, esok petang kena datang coz' kena admit wad dulu, puasa minum la pulak. Pagi2 Khamis lagi kena buat laser tu. Hm, balik saja...

Cerita 2: Kereta Eksiden
Masa dok menunggu adik cengko tu, wife call kata keta kena langgar Ford Econovan kat traffic light masa nak pegi keje (8.10 a.m) kat Bukit Puchong, mamat indon bawa. Alah, dah nak sampai opis dah, tapi dah nasib nak buat camana, terus bincang pegi kat opis wife cengko. Adus, teruk juga, nak korner ke kanan sagat tayar la pulak, ke kiri okey. Cengko dari HUKM balik ke Kajang semula, merempit lak ke Bukit Puchong... macam mat rempit lari dari road-block polis.

Tokey indon tu sorang pak aji, pengusaha katering kat Cheras kot... Dia nak suruh hantar kereta cengko kat bengkel anak buah dia kat Gombak. Hangin satu badan aku, apa ke bengap suruh hantar sampai ke sana, takde bengkel dah ke kat area2 Puchong ni... masa dok cakap dgn anak buah dia kat Gombak tu siap tengking2 cengko suruh bawa ke sana. Yg dah hangin ni, bertambah2 badan la aku hangin... Geng ko yg buat salah, aku pulak yg kena susah payah ke sana. Ape barang Syeikh...!!! Cengko dengan kuasa vetonya, muktamad cakap kat budak bengkel tu, nak buat kat Puchong gak. Dia dok membebel xpuas hati dgn cengko. Cengko apa peduli... lanthhakk ko la... korang yg bagi cengko susah, nak suruh cengko susah2 ke Gombak sana nuh... Bos wife cengko semua terdiam masa cengko dok cakap tengking2 dalam telefon tu...

Masa nak gi bengkel kat area Puchong ni, mana tah pak aji tu pegi, sampaikan cengko pusing 2..3 kali area opis wife cengko tu cari dia, cepat betul dia hilang. Balik ke opis wife cengko balik, call pak aji tu. Loh, dah menghala Gombak dah dia, cepat betul...

Tapi sebelum tu, sub-con opis wife cengko advice suruh pegi report kat balai polis dulu takut apa2 terjadi, just report utk keselamatan diri (kot2 pak aji tu report kitorg tipu ke, hapa ke...). Memang niat xnak claim dia punya insurans, dah la lambat, kereta nak pakai segera. Pegi la kitorg buat report kat Balai Polis Puchong Jaya tu (depan IOI Mall). Sarjan Razak call pak aji tu cakap kitorg dah buat report utk keselamatan saja. Itu pun sekiranya pak aji tu setuju nak bayar kos repair kereta. Jadi report yg kitorg buat ni, Sarjan KIV dulu. Apa2 hal call sarjan balik, sama ada dah settle @ tak. Kalau settle, tutup kes.

Ada sorang CHA wakil bengkel kat Puchong Utama dok tercongok kat depan balai, cari customer. Cengko suruh dia estimate berapa kos kalau repair. RM500 tu.. huyoo. Kalau sekali dgn cat balik bonet depan dalam RM750 gak.. tp bonet tu kena ciput jer. Bonet tu xkisah la... janji left fender, signal, bumper & yg bersangkutan dah ok. Call pak aji tu balik cakap ada satu bengkel ni nak RM750, terkejut dia (tadi kata berapa pun sanggup bayar... cakap SIKIT tu pun terkejut, ape barang syeikh...). Cengko pun kesiankan org gak, cengko cari la bengkel yg lain, tempat yg cengko prefer. Ada la yg kat area2 OTK tu.

Degung, degang, degung, degang... dapat la RM450, complete semua sekali. Call pak aji tu cakap, ada bengkel lain nak RM450. Dia cakap okey & suruh buat je. Apa lagi, petang karang cengko hantar la kereta kat situ... katanya dua hari boleh siap, nak repair & cat 2K bumper depan sekali.

Wahai isteri ku tersayang, terpaksa la turun awal sikit yaa...

Sunday, February 15, 2009

LCD HD Ready

Hm, lawa & canggih betul TV sekarang ni. Kalau ada satu kat rumah cengko kan bagus... bila la dapat beli TV semacam ni...

Thursday, February 12, 2009

Tadi 306 pancit la...

Masa balik keje tadi cengko tengok tayar 306 cam kurang angin jer. Naik 306, henjut2 sket nak tengok betul ke angin tayar kurang. Hm, memang kurang pun, tapi masih boleh naik lagi, nasib pakai tayar tubeless - SELAMAT.

Terperasan tayar pancit, masa nak isi angin kat Shell dekat dgn opis. Alang2 isi angin, check la tayar, mana tahu kot2 ada paku ke, apa2 ke kat tayar tu, boleh la terus tembak tayar tu dengan kit tubeless. Kang kat rumah kang, masak nak kuar balik ke Puchong Prima tu, dalam 12-13km juga, jauh wooo... Check punya check, terpandang besi berkilat kat tayar 306. Huk aloh...!!! Ada paku kat tayar, apa lagi... buat la apa yg patut dengan paku tu...

Terima kasih kit tubeless... ko la penyelamat aku dari tolak 306 tengah2 highway...
Paku@306

Trimaa Kasseeyy...!!!

Dato' David Arumugam & Dato' Khatijah Ibrahim.

Hari Sabtu laa...

Hello... hm.. ok... ok... ada2... boleh...
Ok, sabtu 14hb la ya...

# Ni bukan valentine ok...! valentino rossi pun bukan...

Tuesday, February 10, 2009

Trademark - Jambatan Guillemard

Ni la trademark kampung cengko. Bila musim tengkujuh & banjir melanda, nama 'dia' ni la yg selalu masuk TV; TV1, TV2, TV3, TV7, TV9. Silap2 CNN pun masuk ni... ni ada nilai sejarah ni.

Jambatan Guillemard
Cerita Lain 1...
Cerita Lain 2...

Monday, February 9, 2009

Birthday beberapa tahun lalu

Birthday wife cengko yang ke-25, beberapa tahun lalu semasa bertugas di KESAS Sdn Bhd.

Happy
belated,
belated, belated, belated, belated
Birthday

Mak Ayah balik kampung

Selepas seminggu dok kat Tmn Bukit Mewah & BSP, tengok keadaan anak bongsu dia yg kena batu karang, mak ayah cengko minta diri utk pulang ke kampung. Ya lah, banyak hal yg perlu diuruskan. Mak cengko dgn halnya kat rumah di kampung, ayah cengko pula dgn halnya kat masjid. Sejak dok kat sini, HP dia makin galak berdering, kejap org tu call, pas tu org ni pula call, abis satu call, call lain pula masuk... calling2...

Hari Sabtu (07/02/2009) memang tepat2 pukul 9.00 malam keretapi Ekpress Wau ke Pantai Timur tiba di stesen Kajang menjemput mak ayah cengko utk menghantar mereka balik ke Tanah Merah. Tiket kelas ekonomi, RM28 untuk 2 orang, RM14 seorang. Hm, murah? Memang murah kerana mak ayah cengko dah WARGA EMAS. Jadi, harga tiket dah jadi separuh dari harga asal (tu la keistimewaan WARGA EMAS). Cengko suruh mak ayah ambil tiket kelas 2 tempat tidur, tapi diorang xnak, tak best katanya. Lagi pun ayah cengko suka berjalan atas keretapi 'tengok kawasan'. Borak2 dgn penumpang lain, xde la dia boring dok tercongok kat seat atas keretapi tu.

Sunday, February 8, 2009

Aktiviti baru kat BSP

Masa nak pegi ke Kajang, adik cengko anto SMS kata nak pegi Nilai 3. Cengko xnak pegi, nak buat apa... buat masa skang ni xde kepentingan. Pegi pun buang minyak & tol saja. Jadi, alang2 dah kuar rumah tu & xtahu nak pegi mana, cengko bawa anak-beranak tengok org main kapal terbang remote kat BSP ni, sambil pikir mana nak pegi mana... pikir2...

Saturday, February 7, 2009

Jom

Jom...
Mana...?
Kajang...
JOM...!!!

Thursday, February 5, 2009

Gigi nak tercabut

akmal: ayah, gigi akmal dah nak tercabutlah.
cengko: hm, iya?
akmal: iya, ni tengok ni, dah longgar dah (sambil goyang2 gigi yg longgar).
cengko: oo, tu maknanya akmal dah nak jadi kanak2 dewasa la tu, dah nak masuk darjah satu pun.
akmal: ooo, gitu ke?
cengko: ya la.

Eh! Awak staf baru eh...

Pagi tadi bhgn admin call kata ada virus kat PC (dr pen-drive org lain), minta suruh clearkan virus tu takut 'berjangkit' kat PC lain. Pegi la dgn hayunan langkah kiri.

Baru jer cengko dok kat PC (seminit pun xsampai), dia terus tanya;

"Dah siap ke?"
"Baru jer duduk, nak check dulu..."
"Lama ke?"
"Boley la... kena check dulu, scan. Kalo ada virus baru kena clear"
"Hm... ingatkan sekejap"

Ingat cengko doktor ke. Doktor pun kalo ada org sakit kena check dulu sakit apa... tang mana, bukan main injek ubat jer. Kang yg demam injek ubat sawan... tak ke meroyan pesakit tu.

Datang sorang lagi geng dia;

"Eh! awak ni org baru kat sini eh? Bhgn ICT eh?", kedu jap cengko.
Dlm hati cengko, "Apa punya org la dia ni, cengko dah nak pencen dah dok sini, baru tanya org baru ke lama".
"Xde la, dah lama dah dok sini kat ICT, adalah dlm 2 tahun lebih2..."
"Xpenah nampak awak la..."
"Ya lah, saya je yg nampak org, org mana nampak saya. Saya nampak awak dari saya mula2 masuk sini lagi... ok la, PC tengah scan lagi tu, nanti saya dtg karang la... nak buat keje boleh, tapi jgn tutup yg tengah scan tu..."

Cengko blah...

Wednesday, February 4, 2009

Ngail depan rumah

Ahad (01/02/2009) pagi aku balik BSP, wife cengko nak kemas2 rumah, settle semua apa yg outstanding. Esok dah stat keje dah, kang yg outstanding makin bertambah, naya.

Petangnya, adik cengko kata dok kat IOI Mall, Puchong kata nak dtg rumah, mak ayah cengko nak dtg. Meh la... boleh mancing depan rumah cengko, guna batang salak (cara tradisional kat kampung ni...), pakai pelampung, best woo.









Mak cengko

Lepak@Tmn Bukit Mewah, Kajang

Hari Sabtu (31/01/2009) dan Ahad (01/02/2009), cengko gi melepak kat rumah adik kat Kajang nu... mak ayah cengko nak datang dr kampung coz' nak dtg tengok anak bongsu dia sakit. Nak tengok la keadaan macam mana, ok ke tidak. Katanya nak dtg dgn anak buah aku dgn kereta, kebetulan anak buah aku dah abis cuti Raya Cina & nak stat keje kat Perodua, Rawang.
Kat rumah PSu Din, main PS 2









Tuesday, February 3, 2009

PSu Din masuk wad

:: Cerita 29/01/2009 ::

Tergesa-gesa balik KL coz' adik cengko kena tahan kat wad di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, B.B Bangi.









Kat Hentian Rehat Genting Sempah, Pahang

Memula tu dia dah rasa sakit masa keje out-station kat Seksyen 28, S.Alam nu. Dia gagahkan diri bawa van company balik ke opis dia di BB Bangi & wife dia gi jemput kat opis, terus bawa ke Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah di B.B Bangi. Doktor buat pre-test check & suspek appendiks. Aiyohh...! Kena tahan kat wad satu malam. Siap masuk air 4 botol & penginapan 2 hari 1 mlm kat wad. Dari Az-Zahrah kena bawa pula ke Kajang Specialist Centre, utk conform sama ada betul @ tidak yg dia kena appendiks. Masa naik ambulan Az-Zahrah tu, adik cengko muntah darah sket. Ntah la apa yg xkena, sian dia, sedih cengko. Hope xde apa2 la. Kat KSC, kena buat x-ray nak tahu sama ada betul appendiks @ apa2 penyebab yg sebenarnya. Kena tunggu lagi... adoi.

Dalam pukul 12.40 p.m, x-ray & laporan siap. Petugas bhgn x-ray kata secara kasarnya, buah pinggang adik cengko bengkak. Tu yg sakit tang perut & pinggang tu, xboleh nak sentuh. Kemudian, terus ikut ambulan ke Az-Zahrah balik. Kena tunggu doktor bagi keputusan, utk langkah seterusnya.

Tunggu sambil tengok tv la jawabnya. Ntah pukul berapa kena tunggu doktor siapkan laporan. Tunggu jelaaa... ni pun dah pukul 2.35 p.m.

2.40 p.m, doktor dtg, SAHKAN ada sebiji batu dlm pundi kencing adik cengko - Batu Karang.




























Menoreh getah@Bukit Payong

:: Cerita 28/01/2009 ::
Dalam pukul 11 a.m ++, kitorang dengan 2 buah keta bertolak dr KK ke Bukit Payong, Hulu Besut, Terengganu. Saja nak gi ke kebun getah pusaka arwah datuk wife Cengko. Lama dah xmenoreh getah, dekat 5...6 tahun. Ni kira nak asah balik la skill menoreh yg dah lama tak dipraktikkan (cengko anak penoreh getah dulu). Dalam perjalanan (dekat2 sejam setengah), ada juga la sawah padi yg menghijau tu, sejuk mata memandang. Tasik semulajadi pun ada, sumber air utk sawah2 padi org kampung.

Hm, boleh tahan skill aku, masih cam dulu lagi. Dah lama xmenoreh, gian bila pegang pisau toreh. Sampai2, apa lagi... TOREH...!!! Akmal pun nak menoreh getah juga. Almaklumlah, ni first time dia tengok org toreh getah (ayah dia la tu). Dia dah tak kira dah. Nyamuk pun nyamuk la (biasa la kat kebun getah). Pacat? Ada sket2 jer... coz' hari panas & xhujan. Wife Cengko pun ada gak la menoreh sket2, anak org kampung katakan.

Lepas siap menoreh getah, kitorang mandi sungai pula. Best wooo, air jernih & sejuk lak tu. Terasa cam xnak naik, nak berendam jer kat sungai tu... Ingat nak mancing tp joran pula xde. Xpe, lain kali nak datang bawa pancing sekali. Ikan sungai bnyak situ. Umpan? Stendet la, cacing...

Adik ipar cengko lak, bawa jerat burung (hobi dia tu). Di pasang jerat, sambil dok menoreh. Dpt juga la 2 ekor burung merbah. Senyum la dia, siap nyanyi (melalak) lagi tu kat kebun getah. Ya la, xde org... lalak la kuat mana pun, sapa nak peduli.

Lebih kurang pukul 4.30 p.m, kitorang bertolak balik ke KK semula dgn badan yg penat dan hati yg 'best'.

(gambar menarik lain...)
Keputusan aku: Lain kali nak pegi lagi... BEST...

Monday, February 2, 2009

Kenduri kawin

:: Cerita 26/01/2009 ::
Gi kenduri anak sepupu cengko (sebelah ayah cengko) kawin kat Lundang Paku, area2 KB. Dari situ, terus lak ke Felda Kemahang 1, T.Merah. Sedara ada majlis menyambut menantu.

Pekena mee celup TM

:: Cerita 25/01/2009 ::
Balik dari KK, singgah kat pasar TM tu, pekena mee celup dulu barang sepinggan dua, 'isi tempat yg kosong'. Bila dah penuh, baru la senang nak cari apa2 yg patut, kan?