Monday, February 2, 2009

Kelah @ Pantai Melawi

:: Cerita 24/01/2009 ::
Sampai2 je kat KK, ayah cengko call, kata nak gi kelah kat Pantai Melawi. Apa lagi, dalam kul 9.30 am, terus la pegi sana. Sembilan buah kereta semuanya - Cengko, Nijae, Rofi, Adnan, Mazni, Abg Sa'ari, Pok Ek, Jefri & Abg Nor. Penuh tepi pantai tu. Hm, dah lama xberkelah camni dgn family. Seronok gak kat sana. Main bola tepi pantai dgn adik-beradik, anak2 buah & cucu2 sedara. Buat pertandingan utk kaum bapa, kaum ibu, anak2 - sambut belon berisi air, lari ikat kaki bersama pasangan, lumba lari, boling pantai & bola tampar. Ayah cengko yg jadi pengadil, tukang tiup wisel.

Makanan lak, hm... bawa dari rumah yg dah siap mcm mihun, nasi, agar2, makanan ringan & buah2an. BBQ pun ada, ayam perap kat rumah dan bakar kat tepi pantai tu...

Siap sewa 1 chalet kat Pantai Melawi tu, senang nak solat, tukar pakaian & apa2 yg patut. Chalet kecik RM35 je. Boleh laa, bukan nak tidur kat situ pun.

Lebih kurang kul 6.30 pm, baru la kitorang mengemas brg2 utk balik rumah. Balik dengan badan yg penat & perasaan hepi yg amat sangat - dapat berkumpul ramai2. Bila keta keluar dari kawasan Pantai Melawi tu, semua berpecah arah. Abg Nor ke Pasir Mas, Rofi ke Peringat, Cengko balik KK semula, yg lain menuju ke TM.
(lagi gambar kat sini...)























































2 comments:

HazlisaNoor said...

alamak..ciannyer tengok budak kecik tertimbus tu...comei jer

cengko said...

bukan tertimbus, tapi sengaja tertimbuskan dia