Tuesday, February 17, 2009

Cerita Malang 17/02/2009

Cerita 1: HUKM
Pagi2 lagi lebih kurang pukul 5.20 a.m, cengko merempit ke Kajang, rumah adik cengko kat sana coz' hari ni dia ada appointment dgn pakar utk buat rawatan laser batu karang. Sampai HUKM lebih kurang pukul 7.35 a.m, terus ke Bahagian Pakar di tingkat 7 sebelum di'refer' pula ke tingat 2 bahagian pembedahan minor (bedah yg kecil2 la ni ya...). Dok melepak kat situ dgn adik ipar cengko (org lain xleh masuk, xnak menganggu pesakit...). Tunggu punya tunggu, staf HUKM kata kena tunda ke hari Khamis ni pulak, 19hb. Februari 2009. Tapi, esok petang kena datang coz' kena admit wad dulu, puasa minum la pulak. Pagi2 Khamis lagi kena buat laser tu. Hm, balik saja...

Cerita 2: Kereta Eksiden
Masa dok menunggu adik cengko tu, wife call kata keta kena langgar Ford Econovan kat traffic light masa nak pegi keje (8.10 a.m) kat Bukit Puchong, mamat indon bawa. Alah, dah nak sampai opis dah, tapi dah nasib nak buat camana, terus bincang pegi kat opis wife cengko. Adus, teruk juga, nak korner ke kanan sagat tayar la pulak, ke kiri okey. Cengko dari HUKM balik ke Kajang semula, merempit lak ke Bukit Puchong... macam mat rempit lari dari road-block polis.

Tokey indon tu sorang pak aji, pengusaha katering kat Cheras kot... Dia nak suruh hantar kereta cengko kat bengkel anak buah dia kat Gombak. Hangin satu badan aku, apa ke bengap suruh hantar sampai ke sana, takde bengkel dah ke kat area2 Puchong ni... masa dok cakap dgn anak buah dia kat Gombak tu siap tengking2 cengko suruh bawa ke sana. Yg dah hangin ni, bertambah2 badan la aku hangin... Geng ko yg buat salah, aku pulak yg kena susah payah ke sana. Ape barang Syeikh...!!! Cengko dengan kuasa vetonya, muktamad cakap kat budak bengkel tu, nak buat kat Puchong gak. Dia dok membebel xpuas hati dgn cengko. Cengko apa peduli... lanthhakk ko la... korang yg bagi cengko susah, nak suruh cengko susah2 ke Gombak sana nuh... Bos wife cengko semua terdiam masa cengko dok cakap tengking2 dalam telefon tu...

Masa nak gi bengkel kat area Puchong ni, mana tah pak aji tu pegi, sampaikan cengko pusing 2..3 kali area opis wife cengko tu cari dia, cepat betul dia hilang. Balik ke opis wife cengko balik, call pak aji tu. Loh, dah menghala Gombak dah dia, cepat betul...

Tapi sebelum tu, sub-con opis wife cengko advice suruh pegi report kat balai polis dulu takut apa2 terjadi, just report utk keselamatan diri (kot2 pak aji tu report kitorg tipu ke, hapa ke...). Memang niat xnak claim dia punya insurans, dah la lambat, kereta nak pakai segera. Pegi la kitorg buat report kat Balai Polis Puchong Jaya tu (depan IOI Mall). Sarjan Razak call pak aji tu cakap kitorg dah buat report utk keselamatan saja. Itu pun sekiranya pak aji tu setuju nak bayar kos repair kereta. Jadi report yg kitorg buat ni, Sarjan KIV dulu. Apa2 hal call sarjan balik, sama ada dah settle @ tak. Kalau settle, tutup kes.

Ada sorang CHA wakil bengkel kat Puchong Utama dok tercongok kat depan balai, cari customer. Cengko suruh dia estimate berapa kos kalau repair. RM500 tu.. huyoo. Kalau sekali dgn cat balik bonet depan dalam RM750 gak.. tp bonet tu kena ciput jer. Bonet tu xkisah la... janji left fender, signal, bumper & yg bersangkutan dah ok. Call pak aji tu balik cakap ada satu bengkel ni nak RM750, terkejut dia (tadi kata berapa pun sanggup bayar... cakap SIKIT tu pun terkejut, ape barang syeikh...). Cengko pun kesiankan org gak, cengko cari la bengkel yg lain, tempat yg cengko prefer. Ada la yg kat area2 OTK tu.

Degung, degang, degung, degang... dapat la RM450, complete semua sekali. Call pak aji tu cakap, ada bengkel lain nak RM450. Dia cakap okey & suruh buat je. Apa lagi, petang karang cengko hantar la kereta kat situ... katanya dua hari boleh siap, nak repair & cat 2K bumper depan sekali.

Wahai isteri ku tersayang, terpaksa la turun awal sikit yaa...

6 comments:

eZa said...

dugaan je tuh... kate cool of de' cengko *wink*

cengko said...

kool pon ada tahap gak... sampaikan nak pijak kepala apa barang syeikh...

balai bomba yg tukang padam api pun buleh terbakor... heheee

puteri bulan said...

kirenyer nih alasan tak dtg keje ari nih la yerk...

cengko said...

apa plak.. kan hari ni ambo coti... aparaa...

HazlisaNoor said...

penat baca dr mula smpi abih..takder citer pun camner bleh kena langgar

cengko said...

lepas lmpu trafic light nyala ieja... ops!!! hijau, wife cengko mula gerak masuk simpang ke kanan- bukit puchong, dtg ford ekonobeng-ong lngar lmpu merah. xsempat brek, degang! si driver van tu budak indon muda, "sori kak, saya tgh ngelamun tadi", dgn muka bo**hnya. Hangin wooo!!!