Tuesday, June 30, 2009

Trip Melaka @ 27&28/06/2009

Sesaja bawa family gi Melaka, sambil2 bawa anak buah & adik ipar coz' dorg xpernah sampai lagi. Cengko dah berapa kali dah, tp mmg xpuas jenjalan...
Sekitar Eye On Malaysia

Sekitar Eye On Malaysia

Sekitar Kapal Portugis

Dalam Kapal Portugis

Dalam Kapal Portugis & Muzium Samudera

Dalam apartment 2 bilik "Mahkota Guest House"

Sekitar A'Famosa & Bukit St. Paul

Atas Bukit St. Paul

Kota atas Bukit St. Paul

Sekitar A'Famosa

Dari Mahkota Parade & Umbai

Sekitar Dataran Pahlawan

Dalam Istana Kesultanan Melaka

Dalam Istana Kesultanan Melaka & Taman Larangan

Depan Istana Kesultanan Melaka & sekitar A'Famosa

Sekitar Menara Taming Sari

Thursday, June 25, 2009

Pas Menonton Latihan Bola M.U

Kawan Cengko minta tolong jualkan pas dia kat sapa2 yg berminat nak tengok latihan pasukan Manchester United di Stadium Bukit Jalil. Pas ni BUKAN tiket perlawanan antara Malaysia – M.U tapi sesi training diorg.

Kepada peminat setia M.U tu, ni la peluang nak tengok diorg berlatih secara live kat Malaysia. Kalau nak harapkan pegi tengok kat tempat diorg nun, jangan harap ler… heheeee…

Pas ni valid pada 17hb. Julai 2009, pukul 5.00 petang coz’ masa ni bebudak M.U tu berlatih. Pas hanya ada DUA sahaja, beserta tali utk gantung kat leher korang (warna hitam bertulisan putih “ProEvents www.proevents.com”).

Harga – RM50 je utk 1 pas. Mau kalooo, email kat cengko@gmail.com secepat mungkin.

Adiosss…


Bhgn depan pas

Bhgn belakang pas

# Gambar adalah actual items


STATUS :
SOLD TO MAT NIN PUCHONG. 10Q ALL...


Friday, June 19, 2009

Dahan mangga serkah

Petang kelmarin (17/06/2009) lepas balik keje, cengko siram la pokok2 mana yg ada kat depan & laman rumah tu. Sekali tengok nampak cam lain semacam jer dahan pokok mangga tu. Tengok punya tengok, Aduhai...!!! Dahan mangga yg paling byk buah dah serkah (patah kat pangkal dahan)... berat sangat la tu. Dah la buah 17 biji satu dahan... buah makin membesar, dahan pula masih kecik. Ingat hari minggu ni nak ler tongkat dgn kayu, hm... xsempat ler gamaknya.

Adus, sedihnya... dah la buah dah tua dah. Nmpknya kena makan dgn 'colet' ler...

Thursday, June 18, 2009

Cengko pun sama

Cengko pon sependapat dgn Sultan Johor ni...
Cengko nak - robohkan Tambak Johor & buat jambatan baru kat situ; bengkok ke, lurus ke, tinggi rendah ke, asalkan jambatan.
Bukan tambak...


Saturday, June 13, 2009

Dah hujan...

Alhamdulillah... setelah beberapa lama xhujan, tepat pukul 1.00 p.m akhirnya mencurah-curah air turun dari awan. Terasa sejuk sket, setelah beberapa lama kepanasan.

Mudah-mudahan kurang sedikit jerebu & bau asap yg melemaskan & tidak menyenangkan kami.

Alhamdulillah, Syukur...

Tuesday, June 9, 2009

Pasal sekolah rendah cengko dulu2...

Cengko amik gambar2 ni dalam blog geng kampung cengko. Saja nak promote blog org2 kampung & sekolah rendah yg cengko belajar dulu2. Byk kenangan kat sekolah ni, Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi (SKTT), 17500 Tanah Merah, Kelantan. Kenangan manis-leting, pahit-llepe, masam-purik, masin-perap, kelat-dekoh, pedas-nga-nga, tawar-heber & macam2 lagi... Tahun persekolahan cengko, 1982-1987
Papan tanda cengko kat tepi pagar sekolah

Pintu masuk utama ke kawasan sekolah

Logo/batch SKTT

Blok tambahan

Blok utama SKTT, tkt atas pejabat & bilik guru

Dataran perhimpunan setiap Ahad

Dari gate ke blok utama

Dataran perhimpunan & blok utama

Kantin

Blok paling lama

Antara meja yg digunakan hingga sekarang

Dari kejauhan


Sekalung budi kepada SKTT & Anok-Anok Kusia

Sunday, June 7, 2009

Bukit Kepong

Cengko dok tengok cerita "Bukit Kepong" ni. Cerita sempena isu hangat yg diperkatakan sekarang ni. Kalau lepas tengok cerita ni, org yg memperjuangkan 'kemanusiaan' masih lagi 'BUTA KAYU' & 'BUTA SEJARAH', tak tahu la cengko.

**********
Peristiwa Bukit Kepong
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Permulaan
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepungan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
Keadaan balai polis yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong terletak di selekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Serangan Komunis
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.


Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstabel Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Bantuan Dari Perkampungan Berdekatan
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Selanjutnya
Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapu mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

Mereka Yang Terselamat

Anggota Polis
Konstabel Othman Yusoff (meninggal);
Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal);
Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal);
Sarjan Haji Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)

Ahli keluarga anggota
Mariam Ibrahim - balu Konstabal Muhamad Jaafar
Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
Zaleha - anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar
Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad

Mereka Yang Terbunuh Dalam Pertempuran

Anggota Polis
Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
Lans Koperal Jidin Omar
Konstabel Hassan Osman
Konstabel Hamzah Ahmad
Konstabel Jaafar Hassan
Konstabel Muhamad Jaafar
Konstabel Marin Ibrahim Adam
Konstabel Abu Mohd Ali
Konstabel Abu Kadir Jusoh
Konstabel Marin Awang Ali
Konstabel Marin Basiron Adam
Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
Konstabel Tambahan Jaafar Arshad

Polis Bantuan
AP Samad Yatim
AP Mahmood Saat
AP Ali Akop
AP Othman Yahya

Keluarga Anggota
Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
AP Redzuan Alias
Embong Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng


Sini lagi...

Hari Sabtu lepas (06/06/2009) bawa akmal & anak buah cengko gi tempat ni lagi. Nak buat camana, sini ler yg paling ideal utk riadah dgn kos minima. Tapi kitorg tetap enjoy kat sini, dapat release tension. Gambar xbyk coz bateri kamera dah out. Lupa beli...

Thursday, June 4, 2009

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-70

























Gambar memberi seribu makna
Tanpa perlu berbicara

...TAHNIAH...



































Tarikh : Rabu, 03 Jun 2009 (Sesi Pagi)

Wednesday, June 3, 2009

03-06-09

03-06-09 is a SPECIAL day for my beloved wife.

Monday, June 1, 2009

Ambil Jubah@UiTM Shah Alam

Hari Ahad (31/05/2009), cengko & family ke UiTM Shah Alam utk ambil jubah wife cengko yg nak konvo pada Rabu, 03/06/2009. Majlis dia berlangsung pada sebelah pagi sehingga tengahari, sebelah petang utk sesi lain lak.

Masa sampai nmpak cam xde org sgt, tp lepas tu berduyun2 org/pelajar dtg. Tp nasib baik la beratur xlama, walaupun barisan panjang. Selesai buat pendaftaran, gi amik jubah lak. Size yg wife cengko amik tu - XS, saiz yg paling kecik. Hehehee... cenonetnya dia....

Apalagi, melaram la dgn jubah tu. Ya la, masa cengko konvo dulu cuma pakai suit baju melayu hitam je... mana ada jubah cam sekarang. Masa cengko dulu masih lagi ITM, bukannya UiTM. Akmal pun sempat melaram juga. Akmal bukan pakai jubah tapi selimut, hahahaa... Xpa la, at least dia ada motivasi utk belajar jadi cam ibu dia, maybe lebih dari tu... tu pun semangat giler nak gi konvo ibu dia.