Thursday, January 29, 2009

Baru sampai...

Arghh...!! Baru sampai, nak landing...

zzzZZZZZZzzzzz.....

Friday, January 23, 2009

Balik kampung...

Mlm ni cengko nak balik kg la, coz' cuti Raya Cina (26 & 27hb. Jan '09). Dah lama xbalik sejak dari Raya Puasa lepas. Raya Haji dok melepak kat BSP jer. Tengok la camana karang... kalau larat lepas Isyak terus bertolak. Agak2 dalam pukul 3...4 pagi sampai la kat KK tu. Kalau xlarat, alamatnya tidur la dulu barang sejam dua. Dalam pukul 2...3 baru start travelling menyusur ELITE, masuk LDP ikut Exit Damansara, dari Bandar Utama hala ke MRR2, terus ke tol Gombak di Highway Karak menuju tol Bentong.

Dari bandar Bentong tuju pula ke Raub dan melalui simpang ke Ulu Dong terus ke Kuala Lipis. Bergerak ke Merapoh seterusnya ke Gua Musang. Isi minyak kejap, topup tank BGM### dalam RM20...RM30. Nak rileks kejap ke, apa2 ke boleh la kat GM ni. Settle semua, bergerak ke Kuala Krai. Biasa2 dalam sejam setengah sampai la kat KK tu. Paling cepat cengko pernah henjut 45 minit (speedo tunjuk 130-140... hehehee). Kecut gakk weh...

Sampai sana, boleh la cari gerai nasi berlauk @ nasi kerabu. Lama dah xmakan nasi berlauk ori Klate... nyummm...

Tu hometown wife cengko. home town cengko kat TM nun, dalan setengah jam perjalanan dari KK. Dekat jer. Kalau ikut shortcut lagi cepat. Tapi be carefull...!!! Cow crossing (not Zebra Crossing).

Wednesday, January 21, 2009

terasa nak...

Aduih... cengko terasa macam nak demam selesema jer. Tekak dah mula perit & pedih. Badan rasa seram sejuk, tak bermaya. Nak tidur je rasa. Kat rumah ni Akmal yg 'bawa balik' selesema dari sekolah dia, jangkit kat ibu (ibu dah 2 kali pegi klinik dah, doktor bagi mc 2 hari). Ni giliran cengko pula.

Cengko dah makan ubat selesema ibu dah, sebagai pencegahan. Yalah, Jumaat ni pula nak drive jauh, balik kampung (drive sorang2 ler jawabnya).

Saturday, January 17, 2009

306, apa ko nak eh...?

306 sedang melepak

Masa cengko balik keje semalam, sampai2 je kat Exit USJ tu, 306 buat hal la pulak. Rasa cuak pon ada cdengko semalam. Ya lah, 306 tak pernah buat hal sebelum ni. Tgh2 dok layan hiway dlm 100km/jam, 306 tetiba jer slow, throttle dah pulas cam biasa. Xde power (patoh reng, org Klate ghoyak). Adus! jangan lah ko mati tgh2 hiway ni 306 weh... masak cengko nak 'pimpin' ko balik rumah kat tgh2 hiway tu. Dah la rumah cengko jauh lagi.

Cengko turunkan 'larian' 306 tu ke 70km/jam. Jalan slow2, 'pujuk' biar sampai rumah dulu. Alhamdulillah, sampai juga kat rumah. LEGA... macam tau2 jer dah nak gaji. Hm, tak pa la. Lagi pun 306 tu dah lama tak 'dimanjakan' dan dah lama 'xmasuk spa'. Apa salahnya, sekali sekala. Untuk cengko juga, xde la 'pimpin' 306 tgh2 hiway.

Friday, January 16, 2009

Sinar Harian 15/01/2009










Cengko ada post permasalahan komuniti cengko kat Sinar Harian semalam (Khamis, 15/01/2009) & pagi ni, tengok2 dah ada dalam website diorang. Hm, bagus juga tu.. at least siapa2 yg berkenaan boleh la buka mata, tengok apa yg berlaku di sekeliling mereka. Korang pun...

Thursday, January 15, 2009

Happy 6th Birthday

Dah 'tua' awak yeee...
Semoga Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki...

Wednesday, January 14, 2009

Apalah setakat SINGGIT tu

Gaji dah nak dekat dah ni, tinggal beberapa hari lagi... apalah kiranya kalau transfer singgit jer kat saudara kita kat Palestin tu... bukannya luak pun gaji (kalau pegi pasar malam, ringan jer kuarkan not RM50 layan perut...tak kata kat org, cengko pun sama...)

Tuesday, January 13, 2009

Tukar tempat : 14" >> 29"

Tengok kaler tv 29" tu, macam mata

Cengko amik TV Telestar 29" yg dok terperap kat bawah tangga rumah, nak tukar dengan TV Toyomi 14" yg ada kat ruang tamu. Yang 29" tu rosak kaler, jadi macam 'mata', gantikan dengan 14" yg ada dlm master bedroom. Yang 14" pula kecik nak tengok, rasa xpuas.

Kecik2 pun dekat setahun juga la dok nengok. Tetiba jer petang tadi teringin nak 'on'kan yg 29". Jadi, untuk tidak menyakitkan mata nengok kaler yg rosak tu, cengko jadikan 29" tu tv hitam putih. Okey sikit kaler dia.

Lagi pun 29" tu free je, hadiah beli rumah dulu... siap voucher Giant RM300. Ok apa...

Kalau kat Malaysia kan best

Harga minyak kat Indonesia dah jadi RM1.37 seliter.

Kalau kat Malaysia kan best...

Baru scan

Gambar masa pegi Genting Highlands hari tu... baru scan & baru post. Nasib baik la ada gambar ni...















Ulang Tahun Ke-9

::HAPPY 9TH ANNIVERSARY::

Hari ni Hari Ulangtahun Perkahwinan Cengko & Wife Yang Ke-9 dah. Tup2, dah masuk 9 tahun dah. Masa tu hari ke-6 Raya Aidilfitri (6 Syawal 1420H/13 Januari 2000). Terasa cepat benar masa berlalu.

Terserempak...
Senyum2...
Kenal...
Jumpa...
Dating...
Tunang...
Kahwin...
Anak...


Sunday, January 11, 2009

Malam minggu kat Putrajaya

Mlm minggu (10/01/2009), saja jalan2 kat Dataran Putrajaya, lagi pun situlah dataran yg paling dekat dgn rumah cengko. Nak gi Dataran KL jauh sesangat, jalan sesak pula tu.










*Nampak cam beli kat pasar mlm, tapi semua tu masak kat rumah & bungkus, senang nak 'manage'... tak payah basuh.

Saturday, January 10, 2009

Kat opis ibu


Datang opis ibu akmal dalam kul 11.15 a.m, ada keje menimbun kata ibu (account department). Takut hari Isnin nanti lagi menimbun... tah keje apanya, cengko pun xtahu, tapi biasa la, kalau dah bahagian akaun tu, keje memang xpernah habis. Kalau keje akaun ni habis, alamatnya company tu dah tutup/lingkup la jawabnya...

Sekarang ni pun masih kat opis ibu lagi ni, nasib bawa notebook 'tercinta' cengko ni, dapat juga mengomel kat blog ni. Internet??? Opis ibu la, mana lagi...

Paling2 tidak, kalau dah boring tu buka la map de_dust ke, bloodstrike ke, awp_india ke... konpom cengko xboring...

** sekarang ni jam dah tunjuk pukul 12.45 p.m, masih kat opis ibu lagi... keje lom settle

Cameron Highlands, memang jem pun...


Utusan Malaysia, 10 Januari 2009 memberitahu bahawa jalan kat Cameron Highlands tu jem coz' pelancong makin ramai ke tanah tinggi tu... memang pun. Terasa sakit hati juga masa gi kat sana baru2 ni. Mood nak jalan2 sedikit terganggu...

Thursday, January 8, 2009

Ronda not 'rempit'

Cengko & Akmal naik motor, pusing2 taman kawasan rumah cengko.
Ops, ni bukan rempit tau...


Senyum Kambing Paling Menarik

Wednesday, January 7, 2009

Kejam! Kejam! Kejam!


-Petikan artikel dari Utusan Malaysia, 7hb Januari 2009/10 Muharram 1430.
-Sungguh menyayat hati.
-SUNGGUH KEJAM si Israel, SYAITAN pembunuh yang PALING BANGSAT...!!!
...

Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel.


Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.


Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.


Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur’ dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.


Monday, January 5, 2009

Hari pertama tahun 2009

Excited nak pegi sekolah baru... ibu kejut terus bangun...





















Lepas balik dari sekolah...

Sunday, January 4, 2009

Jln2 petang hari d'BSP











Petang cengko rasa bosan dok terperap kat rumah. Amik 306, vroom... pusing2 BSP, amik angin & tengok sekitar BSP. Hm... luas terbentang tasik kat rumah cengko, main speedbot remote best gak ni...

Saturday, January 3, 2009

Hari ke-3 tahun 2009

Hari ni cengko cuma hantar anak cengko kat sekolah tadika dia coz' pagi ni adalah hari orentasi bagi intake 2009 (nak kenal2 geng baru) & ambil uniform saja. Letak dia kat sekolah dia dari pukul 9.30 pagi & ambil balik 12.00 tghr. Semua tanggung beres... dah masuk 6 tahun, dah besar pun.

Petang, cuma dok rileks2 tgk movie citer Transporter 3 lakonan Jason Statham. Ok gak, byk action... tembak2, tumbuk2, gaduh2... dah tahu byk yg xlogik, tp dah namanya citer, layan je laa... (padahal aku sorang je yg ke hulu hilir... boring, yg lain - tido...)

Friday, January 2, 2009

Senyum Kambing 02/01/2009

Cengko suka baca kartun Senyum Kambing dalam Utusan Malaysia. Sbb kalau kita fikir2kan, ada betulnya... seperti Senyum Kambing 02/01/2009 ni. Cengko sokong 100% warga Palestin yg tertindas dek kekejaman Israel yg sialan.

Thursday, January 1, 2009

Hentian Putra

Dah lama sesgt cengko xdtg ke Hentian Putra ni. Ya lah, seingat cengko, yg last sekali dtg sini masa xpakai keta lagi, masa baru2 kawin dulu, nak balik kampung time raya.

Kali ni dtg coz' nak hantar abg cengko & adik ipar cengko balik kampung. Abg cengko dtg coz' nak jln2 KL ni sambil hantar anak sedara dia kat Bdr Kinrara. Adik ipar cengko lak dtg rmh cengko coz' cuti sekolah, ni sekolah dah nak buka, terpaksalah dia balik. Kalau ikutkan hati dia, mmg dia xnak balik kg lagi tu. Tp, dah nak sekolah, kena balik la...

Sampai kat H.Putra tu dalam kul 8pm ++. Bas bertolak pukul 10.00 pm. Jadi, kitorg jln2 la dulu kat The Mall tu. Keta tinggal kat opis cengko, naik Putra LRT turn KL Sentral. Amik komuter ke stesen Putra. Jln kat Federal Hiway tu jem woo... org nak ke Dataran Merdeka. Sambut tahun baru... sambut laa korg.

Lepas bas yg dorang naik bertolak lebih kurang kul 10.15 pm, aku amik komuter n Putra ke Taman Jaya. Amik BGM### terus ikut NPE & Hiway Sg Besi ke Kajang, rumah adik cengko. Sampai rumah dia dekat2 pukul 11.30 pm, lepak rumah dia semalaman. Sambut Tahun Baru 2009 dgn terlentang tengok TV.

Penat weh... dari BSP - Elite Hiway - Federal Hiway - Jln 222 - PJ State - KL Sental - Hentian Putra - KL Sentral - PJ State - Hiway NPE - Hiway Sg Besi - Kajang.



















d'Cameron Highlands@27/12/2008

Hari Sabtu (27/12/2008) yg lepas family cengko, adik cengko, abg cengko & adik kak ipar cengko gi jln2 kat Cameron Highlands. Abg cengko katanya xpernah sampai sana... ni first time nak jejak kaki kat sana, nak rasa sejuk camana. Hm, ternyata mmg sejuk giler kat sana sampaikan cengko yg sblm ni dah 4.. 5 kali pegi sana terasakan yg ni paling sejuk, sampaikan xtahan pakai baju t-shirt saja... kena pakai baju sejuk lagi. Tambahan pulak, adakalanya hujan turun renyai2, lagi la sejukkkk...!!!

Kami (seramai 14 org) menginap di Desa Anthurium Apartment yg ada 3 bilik besar dgn amat selesa sekali. Mmg puashati la dok kat situ, berbaloi dengan RM200 semalam. Kitorg kongsi la dgn 4 family, jadi sorang kena bayar RM50, hmm... semua save bajet.

Bab makan... memula nak pegi tu masak kat rmh cengko kat BSP tu, bawa bekal cukup utk 14 org. Pas tu masak kat apartment tu, semua kelangkapan dapur dah ada, cuma kitorng bawa bahan utk masak & masak saja. Masak nasi & goreng ikan masin pun dah cukup... perut lapar, hari sejuk, badan penat... apa lagi, serang habis-habisan la jawabnya.

Geng cengko:
1) cengko
2) ida - 'assistant' cengko
3) akmal - anak cengko
4) pak usu - adik ipar cengko
5) pak su we - adik ipar cengko
6) rofi - abg cengko
7) kak za - kak ipar cengko
8) along - anak buah cengko
9) rizal - adik ipar kak za
10) nida - adik kak za
11) yin - anak nida
12) ayuni - anak nida
13) pak su din - adik cengko
14) mak zu zie - 'assistant' pak su din

Gambar... (dan banyak lagi...)









































































Lepas ni plan nak pegi langkawi pula... semua setuju nak pegi sana. Cuma nak plan betul2 saja... bajet, tarikh, tempat menginap, kos dan method nak pegi sana. Aku dah ada satu idea dah... buat ala2 main kutu (ops! bukan kutu rambut... heheehee...). Dlm RM100 ke sebulan, utk kos penginapan, tambang pegi balik & makan kat sana nanti... yg nak shopping tu, paham2 je la...