Monday, February 22, 2010

Balik Kampung - Tahlil Arwah Mek

13/02/2010 (Sabtu malam Ahad), ayah Cengko buat Majlis Tahlil untuk Arwah Mek. Majlis xda la besar sangat, panggil saudara terdekat & warga Kusial Baru yang kelapangan. Majlis bermula dengan kaum keluarga terdekat Solat Mahgrib berjamaah diikuti dengan bacaan Yaasin beramai-ramai.

Selepas Solat Isyak, warga Kusial Baru mulai datang memenuhi ruang rumah yang kemudiannya majlis tahlil bermula. Selesai tahlil, hidangan makanan diberikan kepada tetamu - nasi putih, gulai daging, ayam percik, asam pedas ikan pacu, sambal, buah tembikai & teh 'o'.

# Siye ko Suhardi, tupoh kuoh gulai daging atas baju. Minta maaf banyok2, anak buah cengko xsengaja.

No comments: