Thursday, February 19, 2009

Rakyat diseru undi Sipadan

KOTA KINABALU 18 Feb. - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman meminta semua rakyat Malaysia memberikan undi mereka dalam satu kempen online www.new7wonders.com/nature bagi menyenaraikan Pulau Sipadan sebagai satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru.

"Sipadan adalah permata dasar laut yang amat popular dalam kalangan penyelam di seluruh dunia. Kita seharusnya berbangga dengannya, dan sehubungan itu, saya meminta semua orang termasuk pelancong memberikan undi bagi tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, rakyat Malaysia perlu mewujudkan kesedaran untuk mengundi destinasi pelancongan itu kerana pencalonan Sipadan sudah merupakan satu penghormatan.

Sipadan adalah satu daripada 261 calon bagi tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru bersama tarikan alam semula jadi lain seperti Ko Phi Phi di Thailand, Grand Canyon dan Air Terjun Niagara di Amerika Syarikat dan barisan terumbu karang besar, Great Barrier Reef di Australia.

Musa turut mengarahkan pihak berkuasa memastikan ekosistem marin di sekitar Sipadan terus dilindungi. - BERNAMA

2 comments:

eZa said...

teringin beno nk pi sini. ntah la bile tercapai hasrat... hehehe ;)

de 'kool said...

itu la, kawan pon cam awok juga...