Tuesday, February 3, 2009

Menoreh getah@Bukit Payong

:: Cerita 28/01/2009 ::
Dalam pukul 11 a.m ++, kitorang dengan 2 buah keta bertolak dr KK ke Bukit Payong, Hulu Besut, Terengganu. Saja nak gi ke kebun getah pusaka arwah datuk wife Cengko. Lama dah xmenoreh getah, dekat 5...6 tahun. Ni kira nak asah balik la skill menoreh yg dah lama tak dipraktikkan (cengko anak penoreh getah dulu). Dalam perjalanan (dekat2 sejam setengah), ada juga la sawah padi yg menghijau tu, sejuk mata memandang. Tasik semulajadi pun ada, sumber air utk sawah2 padi org kampung.

Hm, boleh tahan skill aku, masih cam dulu lagi. Dah lama xmenoreh, gian bila pegang pisau toreh. Sampai2, apa lagi... TOREH...!!! Akmal pun nak menoreh getah juga. Almaklumlah, ni first time dia tengok org toreh getah (ayah dia la tu). Dia dah tak kira dah. Nyamuk pun nyamuk la (biasa la kat kebun getah). Pacat? Ada sket2 jer... coz' hari panas & xhujan. Wife Cengko pun ada gak la menoreh sket2, anak org kampung katakan.

Lepas siap menoreh getah, kitorang mandi sungai pula. Best wooo, air jernih & sejuk lak tu. Terasa cam xnak naik, nak berendam jer kat sungai tu... Ingat nak mancing tp joran pula xde. Xpe, lain kali nak datang bawa pancing sekali. Ikan sungai bnyak situ. Umpan? Stendet la, cacing...

Adik ipar cengko lak, bawa jerat burung (hobi dia tu). Di pasang jerat, sambil dok menoreh. Dpt juga la 2 ekor burung merbah. Senyum la dia, siap nyanyi (melalak) lagi tu kat kebun getah. Ya la, xde org... lalak la kuat mana pun, sapa nak peduli.

Lebih kurang pukul 4.30 p.m, kitorang bertolak balik ke KK semula dgn badan yg penat dan hati yg 'best'.

(gambar menarik lain...)
Keputusan aku: Lain kali nak pegi lagi... BEST...

2 comments:

puteri bulan said...

bestnyer ader kampung camnih...

cengko said...

nak join, meh la. kira cam homestay la...