Thursday, October 1, 2009

Kecoh 1430H...!!!

Pasal raya la - balik kg, jln jem, kereta byk, kenduri kawin, kenduri tunang. Nasib xde org buat kenduri cerai-berai.

Kecoh 1: Balik Raya
Balik keje Jumaat (18/09/2009), lepas buka posa & Solat Gorit (Maghrib la...) terus BUMMM...!!! Tido, nak cover utk drive mlm tu. Kul 10.30 mlm, wife kejut suh bangun mandi, nak gerak blk kg dah. Semua settle & dlm kul 11.20 mlm, tinggalkan BSP kat Selangor ni, menuju ke TM kat Klate nun. Ramai 'pihak berwajib' suruh merancang perjalanan & cengko pun merancang juga la. Tp hareemmm...!!! Rancang punya rancang time, jem juga. Dari Bt Caves sampai la ke tol Gombak, Hiway Karak. Lepas tol tu, nmpk lancar sket tp smetar jas. Area JPJ Lentang tu jem balik sampai la ke Janda Baik. Cengko amik keputusan ikut jalan lama, Janda Baik-Bentong. Fuh!!! Hanya ada 1 keta ja yg lalu masa tu. Clear gilar jln... Keta sapa? Abih tu, keta sapa lagi...

Xlama pas tu nak masuk bdr Bentong jem balik. Hadoi laaa... kejap laju, kejap selow, kejap lancar, kejap terhegeh2, kejap brek, kejap tekan minyak. Yg xsekejapnya berhenti - jem. Sampai la ke RnR Benta. Kat RnR tu berhenti sahur. Pakai bentang kapet keta & balun je kat tepi keta tu. Nasib, wife dah masak bekal utk sahur. Kedai makan semua FULL HOUSE...!!!

Lepas sahur terus gerak sampai2 la ke Petronas Kechau Tui. Mato cengko sero semacam dah kejap pedih, kejap ilang, kejap luas, kejap sepet. Berhenti kat Petronas tu utk tido barang sebentar. Xde sebentar la. Sampai kul 6.30 pagi kot. Lepas solat Subuh, terus gerak hala ke Merapoh, kemudian ke Gua Musang. Lepas hantar Ayah We@Kuala Krai, terus gerak ke TM. Sampai@TM lebih kurang 11.30 pagi. Hadoi la...

Korang mesti tanya, apa yg kecoh?
Stendet la time raya, jln jem. Xnak jem, beraya kat taman negara la - tgh2 hutan...

Kecoh 2: Ziarah Menziarahi
Tahun ni, beraya di kg wife@Kuala Krai. Bukannya jauh pun dr kg cengko@TM tu. Setengah jam perjalanan sampai la, kalo xjem. Lepas Sembahyang Raya & settle semua. Kitorg bergerak ke kubur Arwah Pok Dik, Tok & Nenek wife sebelah mak. Terus ke Bukit Payung, Jerteh ke kubur arwah datuk wife sebelah bapa pulak.






Kemudian pegi ziarah pulak nenek saudara wife aku kat area2 Padang Luas, Jerteh. Mak aih!!! Kena lalu ikut jambatan yg paling sempit pernah cengko lalu. Sungguh mencabar. Side mirror keta dgn dinding jambatan hanya sejengkal lebih jer. Nasib driver pro, walaupun sesak & semput nafas. Heheheee...

Korang mesti tanya, apa yg kecoh?
Skang ni 'time' org, bila 'time' kita? Kita pun xtahu bila...

Kecoh 3: Balik Kusial Baru
Petang raya ke-2, balik Kusial Baru lepas majlis tunang sepupu wife cengko. Jem yg amat. Tu pon cengko dah amik 'jln dalam' yg org xbiasa lalu. Kena jem kat hiway Timur-Barat tu jer. Jarak dlm 7-8 km tp amik masa dalam 45 minit gak la. Ramai yg main potong 'Q' . Lagi pun ada eksiden kat atas jambatan Machang-TM (Gertok Jepun). Tu yg jadi sesak tu. Harapkan keta je mahal2, besar2, mewah2, otak semua letak kat luthoot...!!!

Korang mesti tanya, apa yg kecoh?

Kalau nak beli kereta besar, biar la otak tu 'besar' sket. Baru la jalan tu yg sempit jadi 'besar'...

Kecoh 4: Adik Ipar Kahwin
Raya ke-4 mlm, nikah kat Pasir Mas. Esoknya, bersanding. Dok ulang-alik, boleh tahan la time2 raya ni.

Korang mesti tanya, apa yg kecoh?

Kalau dah kawin tu diam2 je ler... ke nak yg no-2? Ke dah full quota dah...?

Kecoh 5: Air Kolah
Huyoo...!!! Ni yg paling cengko seronoottt. Mandi air kolah umah kt kg. Mmg sejuk gilor babas, kalah Ulu Yam. Kalah Ulu Bendul. Kalah Ulu Sepri. Kalah Ulu Kenas. Semua air kat Ulu2 nun kalah. Mmg mula2 sejuk, tp bila dah pekena 3.. 4 timba rasa xnak berenti. Nyaman, Segar, Sensasi... F&N Kolah.

Korang mesti tanya, apa yg kecoh?
Kalau dah semua pakat mandi kolah tu bukan mandi, tu dah main air dah. Jgn masuk dalam kolah sudah...

Kecoh 6: Abis Dah
Setakat Kecoh 5 dah la...


## Tajuk je yg kecoh, cengko xkecoh mana pon.

4 comments:

eZa said...

pepel jugak?? hehehe ramai this theme kaler pepel ;)

so bile kitorg leh kecoh raye kat umah cengko lak? ;)

cengko said...

cengko xikut sgt warna2 tema raya ni... suma mem yg buat/atur...

hm... nak kecoh kat umah, dtg je la... kopom xhalau punya.

+akufobia+ said...

haha.nasib tak beraya dalam jam.

cengko said...

akufobia,
dah nyaris2 dah...