Friday, October 30, 2009

Ibu ku sayang pergi mengadap Ilahi

Isnin (26/10/2009) semasa atas motor balik keje, anak buah cengko bertalu2 dok call tp xdngar. Sampai2 rumah lebih kurang 6.15pm, cengko terus pick call anak buah - "Mak xsedarkan diri...!!!. Baru jer bawak pegi hospital...".
Dalam kenangan - semasa perkahwinan cucu, Mi-G

Cengko terus je call adik, My 8Sibling - Nijae. Cengko terkedu dengar dia dah sob... sob.. sob... "Mek tak dok doh...". Macam hilang semangat cengko dengar dia cakap cam tu, terasa kosong tiba2 fikiran cengko. Call lak PSu Din, nak bagitau dia. Xsempat nak cakap dia dah sob... sob... sob... Cengko tau dah tu. Akmal lak yg terpinga2 & muka sedih tengok yah dia nangis bertanya, "Kenapa ayah nangis...?". "Nenek dah xda dah, dah meninggal dunia baru kejap...". Dan2 tu gak kitorg 2 beranak sebak. Wife cengko yg dlm perjalanan balik keje pon dok nangis gak, xleh nak drive - hilang semangat. Nasib Ayah We ada, tolong drive w/pun xde lesen.

Call ayah kat hospital tanya perkembangan di situ. Nadanya tenang, tak ada nada sedih sedikit pun. Mungkin mahu sembunyikan kesedihannya drpd anak2, cucu2 & cicit2 dia. Katanya, punca kematian adalah sakit jantung. Dalam sijil kematian, meninggal dunia pukul 5.45 petang di usia 71 tahun. Aku bagi tahu ayah kata nak balik kg selepas packing kain baju mana yg patut. PSu Din & MSu Zie katanya nak balik naik AirAsia, kalau ada tiket. Kalau tak ada balik dgn cengko gak la. Anak buah sorang lagi yg kat Rawang pun nak balik gak. Jadi, jumpa kat R&R Tol Gombak. Ayah nasihatkan jgn la dok kelam-kabut nak balik kg, coz nak sempurnakan jenazah esok pagi sebelum pukul 11.00. Jadi sempat la dgn anak2 arwah yg jauh (cengko & PSu Din je la...).

Wife cengko balik keje terus packing & bersiap mana yg patut. Call PSu Din, tiket flight dia 9.30 mlm. Ok la. Settle semua dlm pukul 8.15 mlm, tinggalkan BSP ke TM. Jumpa anak buah di Tol Gombak. Lepas solat Isyak, terus konvoi 2 kereta.
Arwah semasa mendapatkan rawatan lelah
di Hospital Tanah Merah


Perjalanan biasa2 saja, dgn hujan dari Bentong hingga ke Gua Musang. Mmg xboleh nak laju. Sempat gak tidur kat R&R Benta dlm sejam. Penat sgt... Lepas keje badan dah penat, naik motor balik BSP, pas tu drive jauh lak. Kejap2 adik cengko sms tanya dah sampai mana. Pas tu abg2 cengko lak, dorang takut cengko bawak keta giler2. Xde lah, macam balik kg biasa saja, wife cengko pun selalu pesan, jgn bawak kereta 'luar biasa' gayanya. Lagi pun jln sibuk dgn lori2 balak, kontena & segala macam lori.

Sampai TM 4.55 pg, semua tak tidur. Dok berjaga. Gilir2 bacakan Yassin & Al-Quran. Suasana muram kat rumah. Cengko naik je atas rumah, tengok jenazah mak di ruang tamu. Cengko tenung raut wajah mak, semacam xpercaya mak dah menemui Allah S.W.T.

Jenazah selamat disempurna & dikebumikan lebih kurang pukul 11.00 pagi.

Cengko selaku wakil keluarga arwah, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat sama ada secara langsung @ tidak langsung dalam menyempurnakan jenazah.



...Al-Fatihah...


12 comments:

Lill said...

cengko TAKZIAH utk sekeluarga...

eZa said...

takziah to cengko & family...

gadiselatan said...

takziah pokcik n family...

Adawiah Abdullah said...

takziah buat cengko sekeluarga

ellieandcarl'sstories said...

takziah untuk arwah emak..

de 'kool said...

terima kasih semua...

HazlisaNoor said...

takziah buat cengko sekeluarga, mmg semua yg hidup ni tak akan kekal selamanya..entah esok lusa turn saper plak..

mazni_azis said...

takziah...al-fatihah

citong said...

pokcik,
takziah. semoga rohnya dicucuri rahmat... amin.

liza said...

alfatihah...
takziah ye tok!!

Keluarga Hussin dan Halimah said...

Takziah diucapkan buat P.muda sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di tempat yang solehah. - Al-fatihah.

de 'kool said...

terima kasih semua...
semua dah selamat dah...

ops...!!! Kas, Selamat Pengantin Baru. Moga kekal hingga akhir hayat...