Friday, December 4, 2009

Lawak Hari Jumaat

Wife Cengko balik rumah tghr tadi, layan permintaan Akmal, katanya nak makan tghr sama dgn Ibu.

Kisahnya...

Lepas wife solat Zohor, Akmal dok mandi dlm bilik air master bedroom dgn pintu terbuka...

Akmal : Ibu, kenapa tak sembahyang Jumaat?
Ibu : Ibu org pompuan tak pa tak sembahyang Jumaat. Jumaat untuk lelaki je wajib. Ibu sembahyang Zohor la.
Akmal : Kenapa kalau hari Jumaat kita kena sembahyang Jumaat. Kenapa hari Khamis tak sembahyang Khamis?
Ibu : (Gelak sakan...!!!)
Akmal : Ya la, kalau Jumaat kita sembahyang Jumaat, Khamis sembahyang Khamis la. Boleh ke Ibu?
Ibu : (Sambik gelak...) Mana ada org sembahyang Khamis.
...
Ibu : Mmg la sembahyang tapi sembahyang biasa la. Jumaat tu sebab hari Jumaat penghulu segala hari.
Akmal : Penghulu tu macam penghulu kampung ke?
Ibu: Adussss... pening kepala Ibu nak jawab...
...
Ibu : Tak la. Tu tok penghulu ketua kampung. Akmal tanya ayah bila ayah balik karang.


# Tengok la petang karang, ingat lagi ke tidak soalan cepu mas yg nak bagi kat cengko...

7 comments:

HazlisaNoor said...

hahaha..ckp kat dia penghulu tu macam bahulu..

Lill said...

hehe cengko ckp je penghulu tu mcm cengko :P

cengko said...

eja,
kang tanya lagi bahulu tu adik tok penghulu ke...?
apa cengko nak jawab...


lill,
"ayah jadi penghulu kg mana eh...? kg kusial baru ke...?"

piNky LuCiA said...

hahaha.. msti penat melayan telatah akmal.. hehehe

cengko said...

pinky,
budak2 'tgh naik'... semua di tanya coz semua nak tahu...

piNky LuCiA said...

hehehe.. tengah membesar otaknya.. :D

cengko said...

pinky,
tu la. dlm proses pembelajaran la tu...