
Thursday, December 31, 2009
Tuesday, December 29, 2009
Pegawai pencegah maksiat JMM
(Dari kiri-atas bawah: Ustaz (DK) Zahri Mustapha, Ustaz (DK) Mahluddin Shahrin, Ustaz (MM) Muhammad Azri Salleh & Ustaz (RK) Izwan Saufi Omar)
Thursday, December 24, 2009
Monday, December 21, 2009
Pemasangan MCS @ Pejabat KLIA
First time ke JMM cawangan KLIA, install MCS utk staf kat sana. Untung akmal dtg opis ayah, sambil ambil ilmu drpd ayah...


512MB xD-Picture Card@RM9
Alamanda & MINES @ 18/12/2009
Pagi Jumaat (18/12/2009), ke Alamanda jln2 sambil cari pemanas tapak kaki utk winter utk wife. Ada pameran buku oleh MPH, singgah kejap. Kemudian ke rumah PSu Din@Taman Kajang Utama, lepak2 & Solat Jumaat.

Lebih kurang pukul 3.00 petang, kami ke MINES - pusing2, ronda2, lilau2 & liklah2. Ada pertunjukan Alvin & Chipmunks, best gak dia punya show, budak2 siap ikut Alvin menari. Pastu, main games kejap.

Onde way nak balik, cengko 'terserempak' dengan kedai Reject Shop & 'termasuk' ke dlmnya lalu 'terbeli' seluar jeans barang sehelai... setelah 'terpujuk rayu' oleh wife, yang lepas ni mesti 'terpaksa' pakai jeans tu. Sebelum ni mana cengko ada pakai jeans, DOCKERS pilihanku... 'terbaik'.
# Semuanya 'ter'... poket pon 'terpokai' gak...
Thursday, December 17, 2009
Monday, December 14, 2009
Cuti@Bagan Lalang
Jumaat (11/12/2009), kami ke Pantai Bagan Lalang 2H1M. Saja jln2 ke sana. Dok di Bagan Villa Resort. chalet dia kiro okey la kalau setakat nak rilek2, baring2, tukar pakaian. Kira okey gak la walaupun semalaman RM65 utk biliki kecik (besar RM75, xde la besar mana pun). Dekat dengan pantai & dekat dengan Sepang Gold Coast, tp xsiap lagi, masih dlm pembinaan. Aktiviti - mandi pantai, main pasir, kutip siput, kejar ketam angin, ronda kedai2 jualan, makan2 & tengok bunga api (kebetulan mlm Sabtu ada pertunjukan bunga api sempena sambutan Keputeraan Sultan Selangor).


Thursday, December 10, 2009
Beli pakaian sekolah@Mydin
Ahad (06/12/2009), lepas Zohor, cengko ke Mydin USJ. Beli pakaian sekolah rendah & agama Akmal. Ramai betul org kat Mydin tu. Al-maklum la sekolah dah hampir tiba.
Baju sekolah rendah - 2 pasang
Baju sekolah agama - 2 pasang
Songkok - 1
Kasut - 2 pasang
Stokin - 3 pasang
Tali pinggang - 1
Beg sekolah Agama - 1
Alatulis
Masa nak balik, ada staff MydinFM tahan cengko, minta masuk permainan/pertandingan yg mereka buat. Alang2 xde apa2 hal, masuk je la dgn Akmal. Permainan anak dgn ayah/ibu. Mainnya; anak cari brg tersembunyi atas kenderaan pikap MydinFM. Bila dah jumpa bagi kat ayah/ibu & lari ke satu point. Pakai 'sandwich man' & lari semula ke deejay, teriak "MYDINNNN...!!!". Siapa sampai dulu, dia la menang. Agak2 dah tau sapa yg menang ya...

# Ada lagi yg tertinggal nak beli tu, yuran belum lagi...
Pencegah maksiat datang...!!!
Hati2 bila anda berjumpa dengan 2 orang pegawai pencegah maksiat ini. Berfikir dahulu sebelum melakukan maksiat...
Mandi@kolam Presint 9, Putrajaya
Lepas ke PC Fair Sabtu lepas, Cengko bawa pula Akmal gi mandi kat kolam di Presint 9, Putrajaya. Kolam khas utk kanak2 main air. Apa lagi, sampai2 terus tukar pakaian - BEDEBUSSS...!!!
Tuesday, December 8, 2009
Nyemak@PC Fair
Sabtu lepas (05/12/2009), cengko & family ke PC Fair@KLCC. Saja jalan2 ke sana, nak meramaikan lagi org kat sana & yg lebih penting utk turut menyemak kat situ.
Bukannya nak beli apa pun, cuma nak 'technology update'kan kepala cengko. Lain kali senang nak beli apa2 brg komputer senang. Sambil2 tu kutip sakla (pamplet) yg dibagi. Itu je yg percuma...
Bukannya nak beli apa pun, cuma nak 'technology update'kan kepala cengko. Lain kali senang nak beli apa2 brg komputer senang. Sambil2 tu kutip sakla (pamplet) yg dibagi. Itu je yg percuma...

# Berkenan brg PC, tp 'terbeli' brg2 sekolah akmal - pakaian, alatulis, beg.
## Yuran belum lagi...
Friday, December 4, 2009
Lawak Hari Jumaat
Wife Cengko balik rumah tghr tadi, layan permintaan Akmal, katanya nak makan tghr sama dgn Ibu.
Kisahnya...
Lepas wife solat Zohor, Akmal dok mandi dlm bilik air master bedroom dgn pintu terbuka...
Akmal : Ibu, kenapa tak sembahyang Jumaat?
Ibu : Ibu org pompuan tak pa tak sembahyang Jumaat. Jumaat untuk lelaki je wajib. Ibu sembahyang Zohor la.
Akmal : Kenapa kalau hari Jumaat kita kena sembahyang Jumaat. Kenapa hari Khamis tak sembahyang Khamis?
Ibu : (Gelak sakan...!!!)
Akmal : Ya la, kalau Jumaat kita sembahyang Jumaat, Khamis sembahyang Khamis la. Boleh ke Ibu?
Ibu : (Sambik gelak...) Mana ada org sembahyang Khamis.
...
Ibu : Mmg la sembahyang tapi sembahyang biasa la. Jumaat tu sebab hari Jumaat penghulu segala hari.
Akmal : Penghulu tu macam penghulu kampung ke?
Ibu: Adussss... pening kepala Ibu nak jawab...
...
Ibu : Tak la. Tu tok penghulu ketua kampung. Akmal tanya ayah bila ayah balik karang.
# Tengok la petang karang, ingat lagi ke tidak soalan cepu mas yg nak bagi kat cengko...
Thursday, December 3, 2009
PC Fair datang lagi...

PC Fair datang lagi... kat KLCC start esok, Jumaat 04/12/2009 hingga 06/12/2009 (Ahad). Boleh pegi nih... yg lepas xleh nak pegi dah.
Kan hari tu ada demonstrasi...
Kan hari tu ada demonstrasi...
Sekitar Raya Korban 1430H
Subscribe to:
Posts (Atom)