Thursday, April 22, 2010

Cuci2 Services

Hari minggu (18/04/2010), bercuci-cuci services rumah adik ipar Cengko kat flat BSP. Dia menyewa kat situ, sewa cuma RM270 sebulan. Okey la tu... rumah boleh tahan gak la luas utk yang baru berkeluarga cam dia - 3 bilik.

Saturday, April 17, 2010

U.K's Junior

Sila layan, gerenti puas hati...



Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


Tuesday, April 13, 2010

Setiap Selasa - 7 to 9 pm

Aktiviti baru setiap Selasa dari pukul 7.00 pm - 9.00 pm kat USJ19, Subang Jaya. Join geng2 opismate wife cengko. Join utk keluarkan peluh, nak harapkan jogging di hari minggu, ughh!! susshah bebenorrr...

# Pukul la shuttle tu, kena x kena lain critaaa...

'Gelojoh' punya pasal...

Ini worang aa... manyak golojoh wooo, manyak kisian itu lagi satu worang. Itu mau aaa.. baik2
maaa.. baru manyak syiiokkk...

VAS @ TDR Bkt Tampoi

Ke TDR Bukit Tampoi untuk buat VAS (makna cari sendiri...) pada 07/04/2010 (Rabu). Satu hari kat KLIA nun - ronda2 cari penat... sambil buat kerja neh...

# Ni edisi kedua selepas Edisi Ann

Thursday, April 8, 2010

BHQ Overhealin'

Mekap cun2 sket...
Kaler pun dah tukar, dulu warna lain...

Monday, April 5, 2010

Trip Ke Utara 03 - BKH & Langkawi

Pagi Isnin 29/03/2010, Cengko gerak dulu ke Langkawi. Ya la, alang2 dah dekat tu bila lagi kan. Time ni la ambil kesempatan. Sebelum tu, tuju dulu ke Bukit Kayu Hitam (BKH), nak kenal2 tempat, apa yg ada kat sana. Hm, xde apa pun yang menarik... Ambil gambar kemudian terus ke Kuala Perlis. Nak amik tiket ke Langkawi - naik feri.












Kat Langkawi, cuma sempat ke Makam Mahsuri & area Jeti Kuah tu jer... Ya la nak balik hari. Feri last pukul 7.00 malam, kalau terlepas, alamatnya amik chalet la gamaknya.












Kitorg sewa NGL utk pusing2 & pergi ke tempat yang dekat2. Alang2 tu, sempat juga posing dgn NGL sewa. Sebelum balik, singgah shopping coklat sikit... murah la kalau bandingkan dengan harga kat kedai biasa ni...













# Sampai2 Jeti Kuala Perlis, terus bertolak balik BSP... penat oiii...

Trip Ke Utara 02 - Konvo UUM, Sintok

Ahad 28/03/2010, bangun pagi, settle mandi, solat Subuh, breakfast siap2 nak ke UUM untuk konvo sidang petang. Lebih kurang pukul 11.00 pagi, dah sampai kat UUM. Parking bukan main la susah. Jauh menapak nak ke tapak pesta & Dewan Mu'azam Shah.































































# Macam Dato' & Datin laa...
##Sampai homestay mlm woo...

Trip Ke Utara 01 - Kedah (Alor Setar & Sintok)

Cengko & family ke Kedah pada 27/03/2010 (Sabtu) coz' anak buah konvo kat UUM, Sintok. Gerak dari BSP ke Alor Setar jam 4.00 pagi, singgah di Bukit Sentosa amik anak buah sorang lagi yang kerja kat sana. Solat Subuh kat R&R Tapah & lepas breakfast, sambung perjalanan menuju utara. Sampai Alor Setar lebih kurang pukul 10.30 pagi. Singgah kat rumah sewa anak buah yang sorang lagi kat area Shahab Perdana. Ronda2 Alor Setar - Menara Alor Setar & Star Mall.












Lebih kurang pukul 3.00 petang, barulah kitorg gerak ke Sintok utk check-in rumah tumpangan. Ni boleh katakan macam 'homestay' juga la coz' tuan rumah buat rumah tumpangan ni sebelah rumah dia. Kecil tapi selesa & cantik...












Lebih kurang pukul 5.30 petang, kakak & abg ipar cengko sampai dari Klate. Masa tu cengko dok melepak & tinjau2 sekitar homestay. Tengok2 kolam, main lompat atas tiub bekas susu getah yang diisi dengan air oleh tuan rumah. Khas utk budak2 main lompat2...

Malamnya, kitorg makan malam ala2 picnic kat luar homestay. Bentang tikar, letak segala makanan, buat bulatan keliling habuan... serang...!!! Licinnnn... Lepas makan semua tergolek kekenyangan, nyaris2 cengko nak jadi ular sawa... heheee...













# Boringnya drive dari BSP ke Alor Setar...