Wednesday, August 26, 2009

Dah kuar 'hotel'

Mak cengko dah kuar spital dah, petang ahad lepas (23/08/2009) setelah menginap di budget hotel "Hospital T.Merah" selama 3 hari 3 malam. Ada nurse cakap/melawak ni 'hotel' paling murah di dunia. Ya la kot... hehehe.
Puncanya, memula lelah dtg menyerang kemudian doktor cakap ada sikit2 mslh jantung. Apa lagi doktor terus la bagi 'baucer' menginap di 'hotel' tu.

Sambil2 dok meneman mak, cengko dok nengok view dari atas wad sekeliling bandar T.M. Masih xada bgnn yg tinggi, semuanya bgnn yg biasa2 saja.
Masa balik dr hospital, terserempak dgn ayah cengko 'merempit' sorang2 dgn helmet 'DiRaja' dia. Dia pun br balik dr hospital juga. Cengko follow ayah dr belakang... dia xperasan memula tu. Lama kelamaan dia cam terasa ada org ikut dia, kejap2 toleh belakang, nak nengok sapa. Hehe...
"Huk aloh la... anok aku tuh, ingak ko sapo laa dok ikuk blake muto aku ni...". Mungkin tu kot monolog dia. Sebelum tu, masa nak gi spital, cengko siap ajak naik keta skali... hmm, xnak dia. Ayah aku lebih suka naik motor dia tu. Motor honda kap 70 tahun 1982 plet DG7364... umor P.Su Din la motor tu, umoh adik bongsu cengko, maknanya dah 27 tahun la motor tu. Till now, kondisen kapcai 70 tu tiptop. Berkenan cengko dgn motor tu, solek cun-cun... buat stail motor antik, chungg wooo...!!!

"Ayah kito nok muto ayoh buleh dokk? Ayoh amik la muto Yamaha Lagenda kito tu..."

"Hahahaa...!!! Nok wak gapo muto buruk tu..."

p/s: buruk bukan sebarang buruk...

3 comments:

HazlisaNoor said...

naper ambik gambar mak dari belakang..takut mak marah ker..hehe

cengko said...

"malu aa..." katanya.

gadiselatan said...

yelah, amik gmbor org sakit..tak sempat solek..nnti raya nnti amik gambor btul2..