Friday, August 1, 2008

aku amat kagum...

sedang cengko baca paper online... ada satu kisah menarik perhatian cengko... memang cengko kagum dengan kesungguhan anak melayu ni...
.
..
...
....
.....

Pengutip sampah jadi pengurus

MELAKA - Usaha tangga kejayaan. Barangkali ungkapan ini telah menjadi satu klise dalam masyarakat kita.

Namun bagi Nur Sahar Osman, 30, ungkapan itu mencerminkan jejak-jejak kehidupannya hingga berjaya menjadi pemilik tunggal sebuah hotel bajet di Banda Hilir, di sini.

"Pernah satu masa dahulu saya bekerja mengutip sampah di kedai-kedai sekitar untuk menampung pendapatan kerana tiada pekerjaan tetap," katanya ketika ditemui.

Siapa sangka, bermula dengan mengutip sampah, beliau kini memiliki 10 unit apartmen bernilai RM300,000 yang dijadikan hotel bajet Mahkota Guest House.

"Saya pernah mengikuti pengajian Diploma Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis namun tidak serius dalam pengajian hingga dinasihatkan berhenti pada 1997.

"Selepas itu, saya meneruskan kehidupan dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti jurujual, pengawal keselamatan dan pelayan restoran selama empat tahun di Kuala Lumpur," katanya yang berasal dari Tehel di sini.

Akibat semakin tertekan dengan kos kehidupan di Kuala Lumpur, beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Melaka dan bekerja sebagai pembantu warung dengan gaji RM25 sehari.

"Pada masa sama, saya bekerja mengutip sampah di kedai-kedai dengan bayaran RM10 setiap kedai hingga saya mampu mendapat hampir RM250 sehari.

"Melalui pendapatan itu, saya bertindak meneruskan pengajian di Politeknik Kota Melaka dalam kursus Sijil Kejuruteraan Awam pada 2001," ujarnya.

Menurut Nur Sahar, sebaik tamat pengajian, beliau mendapat pekerjaan sebagai penyelia di syarikat kontraktor tempatan sebelum menerima tawaran bekerja di Doha, Qatar dengan gaji RM10,000 sebulan.

"Dengan pendapatan itu, saya menyimpan duit untuk merealisasikan impian memiliki hotel bajet sendiri sekembalinya ke Malaysia pada 2007," katanya

Kini, dengan menyewa beberapa unit apartmen bersebelahan menjadikan jumlah 30 bilik apartmen, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM30,000 sebulan.

"Saya berhasrat untuk membuka sebuah hotel mewah sendiri di masa depan," jelasnya.

.....
....
...
..
.
komen korang.


...

No comments: