Sunday, December 28, 2008
Penat baru sampai dari...
Thursday, December 25, 2008
Cuti Krismas - 25/12/2008
Dorang dtg dgn keretapi Ekspress Wau dari T.Merah. Naik kat stesen TM tu kul 7.30 ptg semalam & sampai kat Kajang lebih kurang pukul 9.00 pagi tadi. Adik cengko yg dok kat Kajang tu jemput dorang kat stesen. Cengko anto SMS tadi, katanya dok 'qada' tido. Ya la... penat la perjalanan makan masa agak lama, xcukup tido.
Hmm, abg cengko kata nak gi jln2 kat Cameron Highlands, xpernah sampai sana (aku dah 4...5 kali dah sampai sana). Balik hari pon xpa katanya, pegi pagi2 lagi... & petangnya blk BSP semula. Tengok la camana. Kot2 ada bajet hotel yg murah2 & available tu boleh la pekena semalaman.
Wednesday, December 24, 2008
speka v3i cengko orait
Sebab speaker problem: ribbon v3i ni rosak, ada putus2. Wayar antara body hp dgn flip dia la lebih kurang. Kata 'pomen' tu, ni kes biasa la kalo hp dari jenis yg pakai flip ni... buka tutup, buka tutup... putus. Simptom dia, sound xde & lampu hp ni cam kelip2. Pastu, kalo dengar betul2, cam ada bunyi electric short.
Patut la cengko ada dengar bunyi cam electric short sblm ni...
**cermin skrin luar yg pecah tu, lantook la, janji buleh buat kol...
Tuesday, December 23, 2008
Zupp....!!! UFS
Berita dari Iraq - UFS (bukan UFO) telah menyerang negara yg dicerobohi oleh tentara yg menggelarkan diri mereka polis dunia. Setelah sekian lama mereka bertapak di bumi Iraq dengan nama menegakkan demokrasi (padahal menegakkan minyakrasi), dan ketika di penghujung kekuasaannya GWB telah mendapat hadiah yg paling menarik yg akan dikenang sampai bila2 (mungkin sampai dia KO). Hadiah yg bernombor seperti jersi Diego Maradona. Hadiah yg tak disangka2, yg 'jatuh dari langit'.
UFO - Un-identified Flying Object
UFS - Un-identified Flying Shoe
*lepas ni pakai jersi no 10 la kot... meroyan seploh
## kalau la kena, sah parkinson kat situ, tang tu gak...
Sunday, December 21, 2008
Muara@Tanjung Harapan
Lepas Maghrib, terus bertolak dari BSP ke Tjg Harapan nun dan sampai dalam 45 minit kemudian. Sampai je sana, fuh! ramainya orang macam ada pesta kat sana. Al-maklumlah esoknya xkeje... cuti hari minggu. Tambah2 lagi, gomen dapat gaji... gomen dapat bonus. Ramailah orang...
Cari meja kosong utk port kami & order apa yg patut & get ready dgn perut yg kosong. Sebentar lagi 'serangan jerung' akan kelihatan. Hahahahaaa...
Kek berdey pun ada... siap kek padang bola tu... Kata akmal, "Pak Su Din kan suka main futsal... kita beli kek yg ada padang bola la...".
(banyak lagi gambar...)
Yahoo...! Dah graduate...

Walaupun semester dia 'lebih' dari cengko, tapi CGPA dia lebih tinggi dari cengko. (cengko xjeles pun, bangga ada laa...)
Wednesday, December 17, 2008
cengko xguna IE

...
Jutaan pengguna Internet Explorer berisiko digodam
LONDON - Berjuta-juta pengguna yang mengakses internet menggunakan pelayar Internet Explorer dari Microsoft mungkin menghadapi risiko komputer mereka digodam kerana terdapat satu kecacatan tahap keselamatan baru, lapor sebuah akhbar semalam.
Pakar-pakar keselamatan menggesa pengguna internet bertukar kepada pelayar internet yang lain seperti Firefox, Opera atau Safari sehingga masalah itu dapat diatasi.
Masalah itu pertama kali didedahkan pada minggu lepas dan ia membolehkan penjenayah siber mengawal komputer serta mencuri kata laluan rahsia sekiranya pengguna melawat laman yang dijangkiti virus. Syarikat antivirus, Trend Micro menyatakan terdapat 10,000 laman web berkompromi untuk mengambil kesempatan terhadap kecacatan tersebut. Setakat ini, laman web itu yang kebanyakannya dari China digunakan untuk mencuri kata laluan permainan komputer bagi dijual di pasaran gelap.
Seseorang penggodam komputer boleh memperoleh sehingga £9,000 (RM49,110) dengan menjual kata laluan itu kepada penggemar permainan komputer.Namun, seorang penasihat keselamatan, Paul Ferguson berkata, terdapat kebimbangan kecacatan itu mungkin dieksploitasi bagi jenayah yang lebih bersifat kewangan. - Agensi
...
#dari dulu lagi cengko pakai Musang Berapi, Opera dan Safari... tapi dalam ketiga2 browser ni, aku prefer Musang Berapi ni. Laju, lebih selamat dan compatible.
#Opera - function & features xbanyak & xberapa best banding dgn Musang Berapi.
#Safari - cantik, sedap mata mandang, tapi nak buat editing... ada yg xcompatible kalau banding dgn Si Musang ni.
Sebab Harga Tiket Bas Naik
Tuesday, December 16, 2008
Ubi oh ubi...

muncul pada musim tengkujuh, setiap tahun.
LAZIMNYA musim tengkujuh yang tiba setiap penghujung tahun di pantai timur amat dinantikan Sharifah Mahmod.
Apa tidaknya, itulah masanya beliau memasarkan pelbagai jenis ubi yang ditanam tidak jauh dari rumahnya di Kampung Pangkal Berangan.
Hampir semua jenis ubi yang ditanamnya dijual di gerai di tepi jalan Machang-Tanah Merah, Kelantan.
Yang menariknya, lebih 20 deretan gerai menjual ubi di situ akan hanya muncul setiap kali tiba musim tengkujuh dan beroperasi dalam masa lima hingga enam minggu, bergantung kepada bekalan.
Ketika ditemui di gerainya, Sharifah, 43, berkata, beliau menanam pelbagai jenis ubi seperti ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, ubi itik, ubi badak dan ubi tongkol dengan menganggarkan masa matangnya pada musim tengkujuh, iaitu November dan Disember.
"Biasanya, di sini kami mula menanam ubi pada bulan Februari dan Mac, bergantung kepada tempoh matang jenis-jenis ubi. Ubi yang lambat matang seperti ubi kayu dan ubi badak, kami tanam awal tahun untuk pastikan ia boleh dijual pada hujung tahun," katanya.
Ubi-ubi berkenaan, bergantung kepada jenisnya, dijual pada harga antara RM2 hingga RM4 sekilogram.
Sharifah juga mendapatkan bekalan ubi daripada penduduk kampung yang kebanyakannya rajin bertani.
"Gerai ini dibuka setahun sekali. Di sini, musim tengkujuh bagaikan pesta ubi. Semua jenis ubi ada dijual dan ramai pengguna jalan raya ini berhenti untuk membelinya. Kami bersyukur kerana rezeki penduduk bertambah setiap kali datangnya musim tengkujuh," katanya.
Jelasnya, beliau mampu memperoleh pendapatan lumayan setiap musim dan cukup untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak di awal tahun.
Selain ubi, pelbagai jenis ulam-ulaman dan ikan air tawar turut dijual di gerai yang dibuka setiap hari sehingga lewat petang.
Ahmad Ikhsan Osman, 16, turut menggunakan masa cuti sekolahnya untuk mengumpul pendapatan sampingan dengan menjual ubi di gerai itu. Selain ubi, dia juga menjual ikan air tawar yang ditangkap kawan-kawannya.
Faridah Yusof, 43, dari Kota Baharu berkata, beliau berkunjung ke gerai berkenaan hampir setiap tahun untuk membeli pelbagai jenis ubi, termasuk ubi keledek dan ubi kayu untuk dibuat kuih.
Katanya, di gerai-gerai itu, beliau mempunyai banyak pilihan ubi segar yang murah harganya, menyebabkan beliau tidak kisah berkunjung ke situ walaupun agak jauh dari Kota Baharu.
"Tak apa jalan jauh sikit, asalkan anak-anak Kak Dah puas hati dapat merasa kuih muih tradisional yang Kak Dah buat sendiri," katanya. - Bernama
.....
pssst...! on de way cengko nak balik kampung... dekat dah dgn rumah ni...
Friday, December 12, 2008
Tuesday, December 9, 2008
Pikom oh Pikom
adus pikom...
kenapa la dibuatnya tarikh org belum gaji lagi...
kalau dibuatnya masa gaji kee, lepas gaji ke...
(dah la bulan ni ada bonus... heheee...)
boleh la cengko cari 'barang' sket...
ada 'projek' yang nak dibuat kat rumah cengko tu...
Monday, December 8, 2008
Sunday, December 7, 2008
Lepak@Bagan Lalang
Ingatkan orang xramai coz' dah nak raya Aidiladha... rupa2 nya ramainya orang kat sana. Meriah juga... (lagi)
Friday, December 5, 2008
Thursday, December 4, 2008
Just Five Cents
Wednesday, December 3, 2008
Tuesday, December 2, 2008
Monday, December 1, 2008
Xleh recover xD... xde rezeki
apa hal la kau jadi gini xD weh...?!
antara gambar2 yg ok...
## pegi genting highlands ikut hiway karak, balik ikut batang kali & ulu yam baru... dekat sket
### mancing dengan drace kat kolam depan rumah, dapat la 2 ekor anak belida (selat) & 2 ekor talapia (hitam & merah)
Sunday, November 30, 2008
xD-Picture Card Corrupt
Friday, November 28, 2008
projek wifi akan datang - result
status connection : ok, cun
transmitting data : kureng... slow, kdg2 cannot browse
keputusan : boleh dipertimbangkan utk teruskan projek ni
***#***
#pakai wireless modem laa...
>> setting & testing sekali lagi pada Isnin, 01/12/2008 & hasilnya...