Pada 14/02/2010 (Ahad), keluarga Mustapha beramai-ramai ke Pantai Sri Telong, Bachok untuk mengadakan hari keluarga (on the spot planning). Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 11.00 pagi, sampai di sana lebih kurang 12.00 tengahari.
Selepas mendapart 'port' sesuai, kami membentangkan tikar & meletakkan bekalan makanan sebelum berposing sakan. Borak-borak sambil hilangkan penat perjalanan berkereta.
Setelah semuanya berkumpul, aktiviti makan-makan bermula, mengisi perut lapar... semuanya makan macam piranha. Al-maklum la, perut lapar & bekalan makanan pula sedap. Mengadap je nasi... semuanya diam tak terkata apa. Dua tiga kali tambah, buuurrpp...!!! Al-Hamdulillah...
Lepas makan apa lagi, santai la... Ya lah, bila perut dah kenyang, mata mula la layu... cari bantal. Ops sori...! bantal kat rumah yaa...
Aktiviti main bola bermula... lawan 'jiran' sepantai. Main suka-suka saja. Kitorg kalah 2-4. Main atas pasir, penat wooo. Lari macam dah laju, tapi alahai dok pusing-pusing situ juga.
Persiapan untuk sukaneka - joran, botol, 'pin' boling pantai, banyak lagi...
Mencari selipar - Cengko paling last. Anak buah pedajal Cengko... dia baling jauh-jauh selipar Cengko...
4 comments:
berapa family pergi ni..cam ramai jer..
6 out of 9...
tulah, cam ramai sgt..pastu cam pantai tuh family pokcik je yang punyaaa...
ann,
org2 lain yg dtg pong asyik dok pandang kitorg bersukaneka..
Post a Comment