Monday, February 9, 2009

Mak Ayah balik kampung

Selepas seminggu dok kat Tmn Bukit Mewah & BSP, tengok keadaan anak bongsu dia yg kena batu karang, mak ayah cengko minta diri utk pulang ke kampung. Ya lah, banyak hal yg perlu diuruskan. Mak cengko dgn halnya kat rumah di kampung, ayah cengko pula dgn halnya kat masjid. Sejak dok kat sini, HP dia makin galak berdering, kejap org tu call, pas tu org ni pula call, abis satu call, call lain pula masuk... calling2...

Hari Sabtu (07/02/2009) memang tepat2 pukul 9.00 malam keretapi Ekpress Wau ke Pantai Timur tiba di stesen Kajang menjemput mak ayah cengko utk menghantar mereka balik ke Tanah Merah. Tiket kelas ekonomi, RM28 untuk 2 orang, RM14 seorang. Hm, murah? Memang murah kerana mak ayah cengko dah WARGA EMAS. Jadi, harga tiket dah jadi separuh dari harga asal (tu la keistimewaan WARGA EMAS). Cengko suruh mak ayah ambil tiket kelas 2 tempat tidur, tapi diorang xnak, tak best katanya. Lagi pun ayah cengko suka berjalan atas keretapi 'tengok kawasan'. Borak2 dgn penumpang lain, xde la dia boring dok tercongok kat seat atas keretapi tu.

No comments: