Wednesday, December 17, 2008

cengko xguna IE

Berita dalam Kosmo! lagi ni... hmm, berita ni menarik pasal internet browser...

pilihan pertama cengko, Musang Berapi



pilihan kedua cengko, Safari


pilihan ketiga cengko, Opera




pilihan keempat cengko, IE

...

Jutaan pengguna Internet Explorer berisiko digodam

LONDON - Berjuta-juta pengguna yang mengakses internet menggunakan pelayar Internet Explorer dari Microsoft mungkin menghadapi risiko komputer mereka digodam kerana terdapat satu kecacatan tahap keselamatan baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakar-pakar keselamatan menggesa pengguna internet bertukar kepada pelayar internet yang lain seperti Firefox, Opera atau Safari sehingga masalah itu dapat diatasi.

Masalah itu pertama kali didedahkan pada minggu lepas dan ia membolehkan penjenayah siber mengawal komputer serta mencuri kata laluan rahsia sekiranya pengguna melawat laman yang dijangkiti virus. Syarikat antivirus, Trend Micro menyatakan terdapat 10,000 laman web berkompromi untuk mengambil kesempatan terhadap kecacatan tersebut. Setakat ini, laman web itu yang kebanyakannya dari China digunakan untuk mencuri kata laluan permainan komputer bagi dijual di pasaran gelap.

Seseorang penggodam komputer boleh memperoleh sehingga £9,000 (RM49,110) dengan menjual kata laluan itu kepada penggemar permainan komputer.Namun, seorang penasihat keselamatan, Paul Ferguson berkata, terdapat kebimbangan kecacatan itu mungkin dieksploitasi bagi jenayah yang lebih bersifat kewangan. - Agensi


...
#dari dulu lagi cengko pakai Musang Berapi, Opera dan Safari... tapi dalam ketiga2 browser ni, aku prefer Musang Berapi ni. Laju, lebih selamat dan compatible.

#Opera - function & features xbanyak & xberapa best banding dgn Musang Berapi.

#Safari - cantik, sedap mata mandang, tapi nak buat editing... ada yg xcompatible kalau banding dgn Si Musang ni.


No comments: