Tuesday, December 14, 2010

Aktiviti malam Rabu

Setiap Selasa malam Rabu, Cengko & family gi ke court badminton di USJ 19, Subang Jaya, join geng opis Mrs Cengko main badminton. Sewa court dari pukul 7.00 pm hingga 9.00 pm, tapi Cengko bertolak dari rumah lepas Solat Maghrib. Sempat la main 4, 5 game. Main bukan kira menang kalah, tapi main untuk beriadah, keluarkan peluh saja.

# Majulah Sukey Utuk Cengko...

Wednesday, October 27, 2010

Makan @ Giant Putra Height, 26/10/2010

Lepas balik keje & ambil Akmal, terus gi kat Giant Putra Height tunggu Mrs Cengko balik keje. Masuk Giant sekejap untuk beli barang sikit & singgah makan kat kedai yang ada dalam Giant tu, tah apa namanya.. bukan lupa tapi tak ingat.

# Set-set Batman lapar pedal blakow, nyo bedal abis tang, tok de nok amik gambar...

Makan-makan @ Rumah BSP, 23/10/2010

Sabtu lepas 23/10/2010, Cengko dan family buat jamuan makan-makan sikit, ajak jiran-jiran terdekat dan kawan-kawan. Jemputan bukannya ramai pun tapi boleh tahan juga la meriahnya.













Ada yang bertanya untuk tujuan apa buat majlis ni. Bagi Cengko tak ada apa-apa tujuan pun, cuma sudah lama tak buat cam ni. Kira sesaja belanja kawan-kawan, jiran-jiran makan sambil borak-borak. Ada yang tak puas hati jawapan, Cengko beritahu ler "Wat balik yang no-2...". Haa, puas hati... hehee.













# Amboi, ado hati tu... katonyo dio... dio tu sapo?

Kenduri Kahwin @ Agrotek Resort Hulu Langat, 10/10/2010

"Siaran Tertunda"

Adik Cengko ajak gi kenduri kahwin kawan satu tempat kerja dia. Majlis kenduri tu lebih kepada tema open house raya. Kenduri kahwin tu untuk anak dan bapa saudara pengantin lelaki (tokey resort...).












Apa lagi, Cengko & de' geng chow terus ke sana lebih kurang pukul 11 pagi. Melepak sana hingga la pukul 4 petang. Gilark ahh... kenduri dok lama sampai cam tu sekali. Makan (ke melantak...) sampai senak perut. Lagi pun resort tu memang cun dan sesuai untuk buat family day atau pun bercuti di hujung minggu. Mrs Cengko dah plan lain kali boleh datang lagi, cuti-cuti Malaysia @ honeymoon.













#Samo naik pok daro dgn anok sdaro... tewah tow...