Wednesday, October 27, 2010

Kenduri Kahwin @ Agrotek Resort Hulu Langat, 10/10/2010

"Siaran Tertunda"

Adik Cengko ajak gi kenduri kahwin kawan satu tempat kerja dia. Majlis kenduri tu lebih kepada tema open house raya. Kenduri kahwin tu untuk anak dan bapa saudara pengantin lelaki (tokey resort...).












Apa lagi, Cengko & de' geng chow terus ke sana lebih kurang pukul 11 pagi. Melepak sana hingga la pukul 4 petang. Gilark ahh... kenduri dok lama sampai cam tu sekali. Makan (ke melantak...) sampai senak perut. Lagi pun resort tu memang cun dan sesuai untuk buat family day atau pun bercuti di hujung minggu. Mrs Cengko dah plan lain kali boleh datang lagi, cuti-cuti Malaysia @ honeymoon.













#Samo naik pok daro dgn anok sdaro... tewah tow...

Bermalam di Seri Malaysia PD, 25/09/2010

"Siaran Tertunda"

Cengko & family jalan-jalan ke P. Dickson selepas menghadiri kenduri kahwin anak kawan sepejabat lama di Nilai. Kebetulan kenduri hari Sabtu, Cengko terus bawa 'jajahan takluk' bermalam di Seri Malaysia PD.

#Rate mahal kakloh, RM190 semaleymey... padahal ore tok ghama pong...

Balik Dari Alamanda, 16/10/2010

"Siaran Tertunda"

Cengko & family ke Alamanda Putrajaya, sesaja jalan-jalan cari letih. Dan hasilnya, memang keletihan melanda sampaikan terjelepuk dalam kereta...

#Puok-puok mung tidur, apa lagi jadi mangso laar...


Thursday, September 2, 2010

Bersejuk-sejuk d'Cameron Highlands, 31 Julai 2010

Cerita lama baru update...

31 Julai 2010, Cengko bawa family gi jalan2 cari sejuk di Cameron Highlands. Saja tempah Rumah Peranginan Persekutuan kat sana, RM25 je utk 2 hari 1 mlm - pegi. Ok la kan, bilik mmg besar gedabak & amat selesa bagi Cengko 3 beranak. Kawasan tu mmg damai & best utk hilangkan tension, sunyi & ada privacy.













Berjalan sakan di Pekan Brinchang, Tanah Rata & Kea Farm sambil menjamu mata tengok2kan sayur segar, strawberi & segala macam mak nenek kat CH tu. Kebetulan malam minggu kat Brinchang tu ada pasar malam, apa lagi... zap ke sana lepas Maghrib. Malam kat situ sejuk yg amat ditambah lagi dengan hujan agak lebat, alahai sejuk giloos. Beli apa yg patut, tapau & 'rembat' kat bilik... syiiook woo. Masuk selimut, terus 'ilang'.



























Tengahari Ahad, bertolak balik ke BSP selepas check-out & sampai lebih kurang 4.30 pm.
*Percutian singkat tapi best.
**Ann, lain kali boleh lagi.

# Berderak sakey musim2 coti niii...